Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Geran Adiguru Khas Buat Para Guru

Projek Geran Adiguru ini khas buat guru-guru di luar sana. Persatuan Untuk Malaysia berkongsi keresahan yang sama. Resah memikirkan bagaimana nasib pendidikan kanak – kanak ketika Pandemik terus berlanjutan tanpa dijangka. Namun, merekalah yang sangat terkesan. Gaya hidup mereka terganggu. Proses pendidikan mereka terganggu.

Ketika ibu bapa anak-anak ini berjuang untuk sesuap nasi, ketika itu jugalah pendidikan anak-anak ini terus menjadi tanda tanya.Semua ini, anda sebagai guru, tentu merasainya dan melihatnya dengan mata kepala sendiri. Sebab itu, Untuk Malaysia, lancarkan projek Geran Adiguru ini.

Isi Kandungan

Projek Geran AdiGuru

Ia adalah sebuah projek pembasmian kemiskinan oleh Untuk Malaysia. Memahami besarnya peranan seorang guru sebagai change maker kepada masyarakat, geran ini disalurkan khas melalui guru – guru sahaja.

Manfaat Geran AdiGuru

Kos Sara hidup murid dan keluarga atau kelengkapan pembelajaran yang diperlukan atau apa – apa bentuk manfaat yang boleh meringankan beban. Khas buat guru, murid dan keluarga mereka yang memerlukan bantuan. Hanya keluarga murid yang dikenali dan disahkan oleh guru sahaja yang akan mendapat manfaat daripada geran ini.

Baca Juga: Program RMR Perakku Prihatin B40

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat untuk memohon geran ini.

  1. Seorang warganegara Malaysia dan seorang guru di sekolah.
  2. Mempunyai calon murid yang memerlukan bantuan dan ingin bertanggungjawab membantu murid dan keluarganya.
  3. Calon penerima bantuan haruslah seorang murid sekolah ataupun kanak-kanak yang sepatutnya bersekolah tetapi tidak bersekolah. Boleh jadi dari sekolah tempat pemohon mengajar, atau sekolah lain yang pemohon kenali, ataupun daripada kawasan setempat yang pemohon tinggal.
  4. Setiap pemohon wajib mengisi borang ini, dan satu borang calon penerima bantuan akan diemelkan dalam tempoh 2-3 hari waktu bekerja.
  5. Setiap pemohon wajib mengisi semua jenis borang yang diberikan supaya pihak Untuk Malaysia dapat menilai kelayakan pemohon.
  6. Melalui geran ini, pemohon haruslah menentukan sendiri serta menyatakan dengan jelas jenis bantuan yang hendak diberikan kepada keluarga penerima bantuan. Sama ada melalui bantuan tunai, pembelian barang runcit, barang keperluan sekolah dll mengikut keperluan penerima bantuan.

Cara Memohon

Geran Adiguru ini terbuka khas kepada semua guru. Guru boleh memohon melalui pautan docs.google ini.

Maklumat Lanjut

Sebarang soalan boleh emelkan kepada [email protected]

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More