Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 RM1000
Isi Kandungan
Permohonan Bantuan RM1,000 Secara One Off
Tarikh Geran Khas Prihatin 3.0
Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 akan dibuka mulai 1 April 2021. Jumlah bantuan ialah RM1,000 secara one-off kepada PKS yang layak.
GKP 3.0 tidak diberikan maklumat lebih lanjut tentang kelayakan untuk memohon.
Syarat Kelayakan
GKP 3.0 dikhaskan bagi PKS yang tidak pernah menerima bantuan Geran Khas Prihatin sebelum ini.
Antara kelayakan umum Geran Khas Prihatin adalah:
- Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
- ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
- i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Maklumat Lanjut
Segala maklumat lanjut tentang Geran Khas Prihatin yang terkini akan diperincikan dan diumumkan melalui laman web https://gkp.hasil.gov.my/ dalam masa terdekat ini.
Jadi, buat PKS yang belum berdaftar, anda bolehlah mendaftar dengan SSM terlebih dahulu jika anda ingin membuat permohonan GKP yang akan datang ini.
Artikel lain: PEMERKASA, Dermasiswa Zakat Kedah