Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Tahun 2025

Berikut adalah info terkini mengenai Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Tahun 2025.

Isi Kandungan

Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Staf Bukan Akademik IPTA KPM

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin mempelawa Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 ke atas yang berkhidmat di Universiti Awam (UA) dan Hospital Pengajar Universiti yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Staf Bukan Akademik (HLPSBA) bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana, Sarjana Perubatan dan Kedoktoran secara sepenuh masa.

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Tahun 2025 1

Syarat Kelayakan Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan

Syarat-syarat umum untuk membuat permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Staf Bukan Akademik ini adalah seperti berikut:

  1. Pegawai-pegawai yang diperakukan hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan / sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
  2. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  3. Pegawai mestilah berumur tidak lebih daripada 43 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D) dan 45 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana pada 1 Januari 2025.
  4. Pegawai masih belum mendapat tempat di mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara atau telah mendapat tempat pengajian tetapi belum memulakan pengajian di mana-mana IPT.
  5. Pegawai tidak dibenarkan melanjutkan pengajian di Universiti yang sama dengan tempat pegawai berkhidmat (pengecualian kepada Pegawai Perubatan di Hospital Pengajar Universiti bagi kategori Klinikal).
  6. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada mana-mana badan penaja lain.
  7. Tidak mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun terkini.
  8. Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman PTPTN atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).
  9. Bebas daripada sebarang pertuduhan / tindakan tatatertib / dakwaan mahkamah.
  10. Bebas daripada sebarang penyakit kronik dan penyakit berjangkit.

Syarat-syarat akademik untuk membuat permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Staf Bukan Akademik ini pula adalah seperti berikut:

  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan (pencapaian CGPA minimum 2.75) bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D; dan
  2. Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan dan hanya dibenarkan memohon kursus pada peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang telah dimiliki.
  3. Bagi peringkat Sarjana Perubatan:
  • Telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia bagi Pegawai Perubatan di Hospital Pengajar Universiti;
  • Mempunyai pengalaman klinikal sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas pendaftaran penuh Majlis Perubatan Malaysia bagi Pegawai Perubatan di Hospital Pengajar Universiti; dan
  • Pegawai perlu lulus Medical Specialist Pre-Entrance Exam (MEDEX) sebagai salah satu syarat bagi kemasukan UA.

Cara Membuat Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Staf Bukan Akademik bagi tahun 2025 ini kini dibuka bermula jam 5.00 petang, 2 Septemeber 2024 sehingga jam 5.00 petang 2 Oktober 2024 dan permohonan boleh dibuat secara atas talian sepenuhnya pada pautan berikut:

>>>Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Staf Bukan Akademik (HLPSBA) IPTA<<<

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun, dicetak dan ditandatangani oleh pegawai.

Permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang tidak benar, tidak lengkap, dokumen sokongan yang tidak disahkan atau borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan dianggap lengkap dan telah dihantar apabila pemohon menekan butang ‘Sah & Hantar’ pada paparan permohonan.

Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk urusan temu duga.

Pemilihan adalah muktamad dan akan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan, KPT.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Hadiah Latihan Persekutuan ini, sila rujuk Syarat Permohonan Terperinci & Panduan Permohonan HLP terlebih dahulu dan utarakan pertanyaan anda kepada e-mel kepada [email protected] atau terus hubungi talian 03 – 8870 6902 atau 03 – 8870 6374 jika mempunyai sebarang masalah.

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Tahun 2025 2

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More