Permohonan i-Lestari Sehingga 31 Mac 2021
Isi Kandungan
Permohonan i-Lestari Baharu Pengeluaran RM500 Sebulan Dibuka Sehingga 31 Mac 2021
Pengeluaran i-Lestari baharu boleh dibuat permohonan sehingga 31 Mac 2021 bagi ahli yang masih belum membuat pengeluaran dan berhasrat untuk buat pengeluaran i – Lestari.
Anda boleh juga hentikan pengeluaran bulanan i – Lestari dengan melakukannya secara dalam talian. Ikuti langkah yang disediakan dibawah tentang permohonan baru dan juga pembatalan pengeluaran i – Lestari.
Tarikh Pengeluaran i – Lestari KWSP adalah sehingga 31 Mac 2021. Tambahan pula, jumlah pengeluaran yang ahli boleh buat adalah antara RM50 sehingga RM500.
Cara Permohonan Baru i – Lestari
Bagi pemohon yang pernah membatalkan pengeluaran i – Lestari dan ingin membuat permohonan semula ataupun Ali yang tidak pernah membuat pengeluaran i – Lestari,
anda boleh ikuti langkah – langkah yang disediakan seperti berikut:
- Layari laman web ilestari.kwsp
- Tekan Permohonan Baharu
- Isikan Maklumat Peribadi anda dengan lengkap
- Selepas itu, tekan Hantar.
Sila pastikan maklumat yang anda isi adalah tepat dan muktamad untuk diproses oleh KWSP. Maklumat tidak dapat ditukar selepas permohonan dihantar. Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh 2 hari selepas permohonan dibuat.
Semakan status permohonan boleh dibuat seperti berikut:
- Layari Semakan Status i-Lestari
- Masukkan Nombor Mykad dan Nombor Telefon anda
- Tekan Semak
Artikel lain: i-Saraan KWSP, Pengaktifan Semula myASNB