Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Insentif Pemandu Pelancong dan Agensi Pelancongan Johor

Pemandu pelancong dan syarikat agensi pelancongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik COVID-19, sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Insentif One-Off kepada Pemandu Pelancong Negeri Johor dan Syarikat Agensi Pelancongan Negeri Johor telah dibuka.

Untuk makluman, bantuan insentif ini disalurkan melalui Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Johor (MOTAC) bagi membantu pemandu pelancong dan syarikat agensi pelancongan yang terjejas akibat pelaksanaan PKP dan COVID-19.

Dengan pemberian bantuan insentif ini, diharapkan mampu membantu pemandu pelancong dan syarikat agensi pelancongan Negeri Johor dalam menghadapi saat-saat yang sukar ini.

Permohonan Insentif Pemandu Pelancong dan Agensi Pelancongan Johor

Isi Kandungan

Tarikh Permohonan

Permohonan telah dibuka secara atas talian dan ditutup pada 31 Mei 2021.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon sama ada pemandu pelancong dan agensi pelancongan yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

i) Pemandu Pelancong

  1. Pemohon berdaftar sebagai Pemandu Pelancong dengan MOTAC Negeri Johor sebelum 30 April 2020.
  2. Permohonan yang dihantar mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana berikut:
    a) Salinan Kad Pengenalan
    b) Salinan Lesen Pemandu Pelancong
    c) Salinan akaun bank yang sah dan milik pemohon
    d) Jumlah bilangan tugasan sepanjang tahun 2019 dan 2020
  3. Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor.
  4. Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
  5. Pemohon diwajibkan menghadiri kursus pengukuhan bagi pemandu pelancong yang akan dimaklumkan kelak.

ii) Agensi Pelancongan

  1. Mempunyai Lesen Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan yang sah dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
  2. Mempunyai salinan akaun bank yang sah yang memaparkan nama bank dan nombor akaun dengan jelas.
  3. Pemohon mestilah syarikat tempatan yang berada di Negeri Johor.
  4. Pemohon mestilah agensi pelancongan yang mempromosi dan membawa pelancong ke Negeri Johor sahaja.
  5. Pemohon diwajibkan untuk menyertakan pakej pelancongan Johor yang sedia ada serta statistik jualan pakej pelancongan tahun 2017-2020.
  6. Pemohon yang telah membuat Permohonan Insentif Agensi Pelancongan pada fasa 1 tidak dibenarkan membuat permohonan.

Permohonan Insentif Pemandu Pelancong dan Agensi Pelancongan Johor

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan Insentif One-Off kepada Pemandu Pelancong Negeri Johor dan Syarikat Agensi Pelancongan Negeri Johor ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan ini untuk membuat permohonan
    a) Pemandu pelancong: https://forms.gle/GUpX3fPLBQoW5XGv7
    b) Syarikat pelancongan: https://forms.gle/Z5mEQNQxD9gtShKM9
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa mengemukakan permohonan adalah seperti berikut:

i) Pemandu pelancong

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Lesen Pemandu Pelancong
  3. Salinan penyata bank (muka hadapan)
  4. Jumlah bilangan tugasan sepanjang tahun 2020 (Senarai tugasan tahun 2020 perlu diisi didalam borang dan diupload:
    – Tarikh
    – Lokasi pelancongan
    – Bilangan Pelancong

ii) Agensi pelancongan

  1. Nama dan No Akaun Bank Syarikat.
  2. Salinan sijil SSM dan lesen MOTAC
  3. Laporan hasil jualan pakej pelancongan Johor mengikut tahun 2017
  4. Laporan hasil jualan pakej pelancongan Johor mengikut tahun 2018
  5. Laporan hasil jualan pakej pelancongan Johor mengikut tahun 2019
  6. Laporan hasil jualan pakej pelancongan Johor mengikut tahun 2020

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lajut, sila hubungi pihak Tourism Johor di talian 07-223 4935 atau 07-224 9960.

Artikel lain: Permohonan Biasiswa Pendidikan UniSHAMS 2021 LZNKPermohonan Latihan Kemahiran IPC Marii

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More