Permohonan Kelulusan Sistem Maklumat Industri Logistik
Disini kami kongsikan cara membuat permohonan Kelulusan Sistem Maklumat Industri Logistik. Semua pihak berkepentingan, pengguna dan pekerja dalam sektor pengangkutan awam serta logistik hendaklah sentiasa mematuhi segala SOP pencegahan COVID-19.
Susulan penularan wabak COVID-19 yang masih melanda negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengumumkan pelaksanaan sekatan pergerakan atau ‘total lockdown (Fasa Pertama)’ bagi semua aktiviti ekonomi dan sosial seluruh negara mulai 1 hingga 14 Jun 2021 dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
Isi Kandungan
Kenderaan Persendirian
Hanya dua (2) orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian dalam satu masa tanpa mengira kapasiti.
Namun, tiga (3) orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah kenderaan persendirian dalam satu masa bagi tujuan perubatan (seperti janji temu hospital berserta surat pengesahan doktor atau vaksinasi yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera) atau bagi tujuan kecemasan.
Teksi dan Kenderaan E- Hailing
Hanya dua (2) orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing dalam satu masa tanpa mengira kapasiti. Penumpang hendaklah duduk di tempat duduk belakang.
Hanya Tiga (3) orang termasuk pemandu dibenarkan menaiki sebuah teksi atau kenderaan e-hailing dalam satu masa bagi tujuan perubatan (seperti janji temu hospital berserta surat pengesahan doktor atau vaksinasi yang disahkan melalui aplikasi MySejahtera) atau bagi tujuan kecemasan.
Pengangkutan Awam
Semua pengendali pengangkutan awam darat dan laut dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penumpang 50%. Syarikat penerbangan dikecualikan berikutan peratusan penumpang yang sedia ada adalah rendah
Semua pengendali dibenarkan untuk menentukan frekuensi atau kekerapan perkhidmatan masing-masing secara optimum untuk mengelakkan kesesakan di terminal, platform dan stesen-stesen, serta memastikan SOP yang ditetapkan MKN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi sepenuhnya.
Anda boleh membaca : Perubahan saat akhir: Semua pengecualian PKP mesti dari Miti
SMILE (Sistem Maklumat Industri Logistik)
MOT akan mengeluarkan surat kelulusan baharu untuk membolehkan syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah SMILE dapat beroperasi pada Fasa Pertama sekatan pergerakan atau ‘lockdown’ ini.
- Pengangkutan Udara/Darat/Maritim
- Pelabuhan
- Freight Forwarder
- Ejen Kastam
- Ejen Perkapalan
- Kren
- Pergudangan
- Servis kepada Bot dan Pelabuhan
- Perkhidmatan Sewa Kenderaan
- Lori dan haulier
- Bas
- Teksi
- Courier
Semua surat yang dikeluarkan di bawah SMILE sebelum ini adalah terbatal dan tidak sah. Surat kelulusan baharu kini boleh dimuat turun.
Permohonan Kelulusan Sistem Maklumat Industri Logistik
Anda dikehendaki layari ke pautan https://application.mot.gov.my/ dan isikan borang permohonan SMILE seperti di bawah.