Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara Sesi Akademik 2024/2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan kemasukan Institut Kraf Negara (IKN) bagi sesi akademik 2024/2025 untuk makluman ibu bapa dan pelajar-pelajar di luar sana.

Isi Kandungan

Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara (IKN) Kini Dibuka

Institut Kraf Negara (IKN) mengalu-alukan Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara daripada mereka yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang kraf di institusi tersebut bagi sesi 2024/2025.

IKN adalah sebuah institusi latihan kemahiran awam yang menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kraf seiring dengan kehendak industri.

Menerusi pengajian di institusi ini, pelajar akan diberi kemudahan dan program latihan secara formal dengan konsep pendidikan secara ‘hands-on’ dalam bidang kemahiran pembuatan seni kraf.

Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara Sesi Akademik 2024/2025 1
Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara

Program Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan bagi individu yang berminat untuk menyambung pengajian di institut ini adalah seperti berikut.

JurusanProgram
Jurusan Seni Kraf Batik
1. Sijil Seni Kraf Batik – Sepenuh Masa
2. Operasi Pengeluaran Batik (IKN) – Sepenuh Masa
3. Diploma Seni Kraf Batik – Sepenuh Masa
Jurusan Seni Kraf Kayu1. Sijil Seni Kraf Kayu – Sepenuh Masa
2. Pengukiran Kayu (IKN) – Sepenuh Masa
3. Diploma Seni Kraf Kayu – Sepenuh Masa
Jurusan Seni Kraf Logam1. Sijil Seni Kraf Logam – Sepenuh Masa
2. Kraf Barang Kemas (IKN) – Sepenuh Masa
3. Diploma Seni Kraf Logam – Sepenuh Masa
Jurusan Seni Kraf Rotan1. Sijil Seni Kraf Rotan – Sepenuh Masa
2. Jurukraf Rotan Kanan (IKN) – Sepenuh Masa
3. Jurukraf Rotan Kanan (Inanam Sabah) – Sepenuh Masa
4. Diploma Seni Kraf Rotan – Sepenuh Masa
Jurusan Seni Kraf Seramik1. Sijil Seni Kraf Seramik – Sepenuh Masa
2. Pengeluaran Kraf Seramik (IKN) – Sepenuh Masa
3. Diploma Seni Kraf Seramik – Sepenuh Masa
Jurusan Seni Kraf Seramik1. Sijil Seni Kraf Tenunan – Sepenuh Masa
2. Penyelia Songket & Dastar (IKN) – Sepenuh Masa
3. Penyelia Songket & Dastar (Kota Belud, Sabah) – Sepenuh Masa
4. Penyelia Tenunan Pua (Betong Sarawak) – Sepenuh Masa
5. Penyelia Songket & Dastar (Kuching Sarawak) – Sepenuh Masa
6. Diploma Seni Kraf Tenunan – Sepenuh Masa

Kemudahan Yang Disediakan & Laluan Kerjaya Lepasan IKN

Kemudahan yang disediakan bagi penuntut di institusi ini adalah

  1. Asrama percuma.
  2. Makan dan minum percuma.
  3. Bahan dan alat bengkel disediakan.
  4. Elaun sara hidup bulanan disediakan.
  5. Pelindungan insurans berkelompok disediakan.

Laluan kerjaya bagi lepasan institut ini pula adalah seperti

  1. Usahawan kraf.
  2. Artisan kreatif.
  3. Pekerja mahir kraf.
  4. Penjawat perkhidmatan awam.
  5. Penjawat swasta.

Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara

Syarat-syarat kelayakan kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut.

Peringkat Sijil Seni Kraf1. Memenuhi Syarat Am Institut; dan
2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan minimum 1 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; atau
3. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan dan Lulus SPM atau setara; dan
4. Lulus temuduga dan ujian lukisan.
Peringkat Sijil Kemahiran Malaysia1. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris; dan
2. Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.
Peringkat Diploma1. Memenuhi Syarat Am Institut; dan
2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan minimum 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; atau
3. Sijil Seni Kraf dari Institut Kraf Negara; atau
4. SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan SPM dengan minimum 1 kredit atau setara dengannya; dan
5. Lulus temu duga dan ujian lukisan.

Cara Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara

Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara boleh dibuat dengan mengikut langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi IKN – Institut Kraf Negara.
  2. Lengkapkan Borang Permohonan dengan semua maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan maklumat permohonan lengkap diisi.
  4. Klik ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Tempoh Permohonan & Semakan Keputusan Permohonan

Tempoh permohonan adalah dari 05 Januari 2024 hingga 31 Mei 2024.

Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak status keputusan permohonan dengan menggunakan No. Kad Pengenalan / MyKad bermula dari 17 Jun 2024.

Tarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran adalah sehingga 30 Jun 2024 sahaja.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau permasalah berkaitan Permohonan Kemasukan Institut Kraf Negara ini, sila hubungi talian 03 – 6091 5322.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More