Permohonan Kemasukan Ke Kolej Profesional MARA & Kolej MARA 2024
Berikut adalah info terkini mengenai permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM) dan Kolej MARA (KM) bagi Sesi 2 2024/2025 yang kini sedang dibuka.
Isi Kandungan
Permohonan Kemasukan Ke KPM & KM
Kolej Profesional MARA (KPM) dan Kolej MARA (KM) kini sedang membuka permohonan untuk kemasukan Sesi 2 bagi tahun 2024/2025.
Program-program yang kini sedang dibuka adalah seperti berikut:
- Program Diploma – Kolej Profesional MARA.
- Program Intensif Bahasa Inggeris – Kolej Profesional MARA.
- Program Asasi – Kolej MARA.
Program Diploma & Intensif Bahasa Inggeris (IEP) Kolej Profesional MARA
Permohonan adalah dipelawa kepada calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan pada tahun 2023 dan ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) di Kolej Profesional MARA (KPM) bagi Sesi 2 2024/2025 yang ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.
KPM menyediakan peluang lanjutan pengajian dalam bidang
- Perakaunan,
- Perniagaan Teknologi Maklumat,
- Pengurusan Perniagaan,
- Sains Komputer,
- Pengurusan Media Digital Kreatif,
- Komunikasi Bahasa Inggeris,
- Industri Halal,
- Pengurusan Logistik,
- Perniagaan Antarabangsa,
- Kewangan,
- Landskap & Hortikultur, serta
- Pemasaran.
Program ini terdiri daripada empat belas (15) program diploma dan satu (1) program persediaan seperti berikut:
- Diploma in Accounting (DIA).
- Diploma in Accounting + Certified Accounting Technician (DCAT).
- Diploma in Accounting + SAP s/4HANA Financial Accounting Associates Certification.
- Diploma in Business Information Technology (DBIT).
- Diploma in Business Studies (DBS).
- Diploma in Computer Science (DCS).
- Diploma in Computer Science + SAS@Certified Specialist: Visual Business Analytics Certification.
- Diploma in Marketing + Certified Profesional Marketer (Asia) Certification.
- Diploma in English Communication + Sijil Penterjemahan Bahasa ITBM (DEC).
- Diploma in Entrepreneurship (DEN).
- Diploma in Halal Industry + Halal Executive Certification (DHI).
- Diploma in Integrated Logistics Management + Chartered Institute Of Logistics And Transport (DLM).
- Diploma in International Business (DIB).
- Diploma in Islamic Finance + Associate Qualification In Islamic Finance (DIF).
- Diploma in Landscape & Horticulture (DLH).
- Intensive English Programme (IEP).
Program Asasi Kolej MARA
Permohonan dipelawa kepada calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2023 bagi kali pertama, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi Kolej MARA dan seterusnya melayakkan pemohon untuk mendapatkan pinjaman pelajaran MARA ke pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di
- Universiti Awam (IPTA),
- Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), atau
- Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang terpilih.
Program Asasi Kolej MARA ini merupakan program kepada pelajar Bumiputera bagi mengikuti pengajian di peringkat Asasi di Kolej MARA dalam kluster Perniagaan, Kejuruteraan dan Teknologi serta Sains.
Program pengajian ini terdiri daripada senarai seperti berikut:
- Asasi Perniagaan.
- Kejuruteraan dan Teknologi.
- Asasi Sains.
Sila rujuk pada pautan berikut untuk maklumat lanjut berkaitan program Asasi yang ditawarkan:
>>>Maklumat Lanjut Permohonan Kemasukan Ke Program Asasi Kolej MARA<<<
Kriteria Permohonan Kemasukan Ke Kolej Profesional MARA & Kolej MARA
Calon-calon yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA & Kolej MARA ini perlulah memenuhi syarat-syarat am kemasukan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berstatus Bumiputera bagi pemohon DAN ibu / bapa.
- Berumur 18 tahun sehingga 35 tahun bagi permohonan ke Kolej Profesional MARA.
- Berumur 18 tahun pada tahun 2024 bagi permohonan ke Kolej MARA (calon SPM tahun semasa sahaja).
- Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA.
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
- Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
- Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.
Cara Permohonan Kemasukan Ke Kolej Profesional MARA & Kolej MARA
Permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA & Kolej MARA ini kini dibuka bermula 27 Mei 2024 sehingga 30 Jun 2024 dan permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) pada pautan berikut:
>>>Permohonan Kemasukan Ke Kolej Profesional MARA & Kolej MARA<<<
Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat. Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan calon.
Tarikh Penting
Tarikh-tarikh penting untuk permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA & Kolej MARA ini adalah seperti ketetapan berikut:
Permohonan Dibuka | 27 Mei 2024 |
Permohonan Ditutup | 30 Jun 2024 |
Semakan Permohonan | 8 Julai 2024 |
Semakan Rayuan Fasa 1 | 16 Julai 2024 |
Semakan Rayuan Fasa 2 | 21 Julai 2024 |
Tarikh Lapor Diri di Kolej Profesional MARA | 25 Julai 2024 |
Tarikh Lapor Diri di Kolej MARA | 29 Julai 2024 |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA ini, sila rujuk Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!