Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 Bagi Tingkatan 1 & 4

Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 bagi Tingkatan 1 & 4 kini sedang dibuka sehingga 6 September 2024.

Maktab Rendah Sains MARA (MARA) menyediakan sistem pendidikan yang beteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Isi Kandungan

Tarikh Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Pelajar, ibu bapa dan penjaga kini boleh membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 bagi Tingkatan 1 & 4 secara dalam talian (online) bermula 6 Ogos 2024 hingga 6 September 2024.

Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 Bagi Tingkatan 1 & 4 1

Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025

Syarat-syarat am dan kelayakan Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 adalah seperti berikut:

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan / atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
  3. Calon memohon secara dalam talian (online) dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  4. Calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2025.
  5. Calon Program Khas wajib menduduki Ujian Teknikal bagi pilihan MRSM Program Teknikal ATAU Ujian Khas Ulul Albab bagi pilihan MRSM Program Ulul Albab ATAU Ujian Khas IGCSE bagi pilihan MRSM Program IGCSE ATAU Ujian Kognitif Bitara bagi pilihan MRSM Program Bitara Tingkatan 4.
  6. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  7. Calon lahir pada 2 Jan 2012 hingga 1 Jan 2013 bagi calon Tingkatan 1 2025 atau calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 4 2025.
  8. Ibu bapa / penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  9. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ yang telah disediakan di pautan tersebut.

Sekiranya pemohon tidak memenuhi syarat umur yang telah ditetapkan, pemohon dikehendaki e-melkan
dokumen yang diperlukan (Salinan Sijil Kelahiran Calon & Salinan Dokumen Pengesahan Kohort Umur) kepada [email protected].

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 bagi calon yang berminat.

  • Anda boleh ke laman web rasmi MARA pada pautan berikut

>>>Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025<<<

  • Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan. Baca Maklumat Program MRSM selengkapnya DISINI.
  • Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
  • Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
  • Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.
  • Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
  • Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
  • Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (/) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan ibu bapa / penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).
  • Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.
  • Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.

Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.

Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.

Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.

Pemohon perlu mengisi keputusan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini dan membawa salinan keputusan PBD ketika menghadiri UKKM.

Pemohon perlu membawa keputusan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) ketika menghadiri UKKM.

Soalan Lazim Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025

Berikut adalah infografik soalan lazim mengenai Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 bagi Tingkatan 1 & 4 yang telah disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat.

Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 Bagi Tingkatan 1 & 4 2
Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 Bagi Tingkatan 1 & 4 3
Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 Bagi Tingkatan 1 & 4 4
Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 Bagi Tingkatan 1 & 4 5
Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 Bagi Tingkatan 1 & 4 6
Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 Bagi Tingkatan 1 & 4 7
Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 Bagi Tingkatan 1 & 4 8
Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 Bagi Tingkatan 1 & 4 9
Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 Bagi Tingkatan 1 & 4 10

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan Kemasukan Ke MRSM 2025 ini, sila rujuk Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More