Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2025 (bagi Sesi Akademik 2026) yang kini telah dibuka.
Isi Kandungan
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2025
Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi Akademik 2026 telah dibuka mulai 1 Mac 2025.

Syarat Permohonan
Permohonan mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan dibawah, iaitu:
- Kanak-kanak warganegara Malaysia.
- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2020 hingga 15 Januari 2022 sahaja yang layak untuk memohon.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat melalui dua (2) kaedah yang dinyatakan seperti berikut:
Permohonan Secara Manual | Permohonan Secara Online |
---|---|
Permohonan bermula pada 1 Mac 2025 hingga 31 Mei 2025. | Permohonan bermula pada 1 Mac 2025 hingga 30 April 2025. |
Borang permohonan boleh diambil di sekolah yang ingin dipohon. Sila bawa bersama SIJIL LAHIR ASAL ketika mendaftar. | Borang permohonan boleh didapati pada pautan berikut: >>>E-Prasekolah 2025<<< |
Sistem E-Prasekolah KPM
Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, KPM telah membangunkan sebuah sistem E-Prasekolah secara atas talian bagi memudahkan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah.
Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem E-Prasekolah, iaitu seperti berikut:
Permohonan Ke Prasekolah KPM | – Borang permohonan. – Semak dan kemaskini permohonan. – Rayuan permohonan. |
Kemaskini Maklumat Pengguna | Pastikan e-mel dikemaskini berdasarkan e-mel terkini yang aktif. |
Carian Maklumat Institusi Prasekolah | Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM. |
Semakan Status Pendaftaran | Semak status pendaftaran murid dan rayuan bagi permohonan. |
Cara Mendaftar Menggunakan Sistem E-Prasekolah
Bagi Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2025 yang menggunakan sistem E-Prasekolah, sila ikut langkah-langkah berikut:
Layari Laman Sesawang E-Prasekolah KPM | Layari laman sesawang E-Prasekolah sama ada melalui komputer atau telefon pintar anda. |
Daftar & Login | Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar. Pastikan e-mel yang didaftarkan adalah e-mel yang aktif. |
Lengkapkan Maklumat Permohonan | – Muat turun Manual Dan Proses Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2025 untuk ibu bapa. – Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu / bapa / penjaga. – Pastikan nama yang didaftarkan adalah Nama Penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran. – Pastikan pengguna mengingati Kata Laluan dan tidak mendedahkan Kata Laluan kepada orang lain. – Pastikan alamat e-mel dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif. |
Kemaskini & Cetak | – Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen yang berkaitan. – Kemaskini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah). – Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemaskini semula oleh ibu / bapa / penjaga. – Ibu / bapa / penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat pada sistem. – Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja. – Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu / bapa / penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini. |
Semakan Status Permohonan | – Semakan keputusan Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Sesi Akademik 2026 adalah bermula pada 5 Ogos 2025. – Bagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran. – Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat pada tarikh yang akan dimaklumkan. |
Permohonan Rayuan | – Permohonan rayuan bermula pada 5 Ogos 2025 sehingga 20 Ogos 2025. – Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu / bapa / penjaga melalui laman E-Prasekolah. – Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu / bapa / penjaga melalui sekolah atau institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN. |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah 2025 ini, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui e-mel kepada [email protected].
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!