Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 kini dibuka untuk semua pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 / Tahun 1 SVM sesi akademik 2024/2025.
Isi Kandungan
Info Terkini KPM: Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus (PKSK)
Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 / Tahun 1 Sekolah Vokasional Malaysia (SVM) bagi sesi 2025/2026.
Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 ini kini dibuka mulai 1 Ogos 2024 hingga 8 September 2024 secara atas talian.
Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dibawah untuk membuat Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 iaitu:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
- Pemohon telah mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Bagi kemasukan Tingkatan 1 tahun 2025, murid Tahun 6 tahun 2024 mestilah:
- Berumur 12 tahun; atau
- Lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.
- Bagi kemasukan Tingkatan 4 tahun 2025, murid Tingkatan 3 tahun 2024 mestilah:
- Berumur 15 tahun; atau
- Lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010.
Cara Membuat Permohonan
Pemohon yang ingin membuat Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 boleh memohon melalui pautan di bawah:
>>>Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 Bagi Tingkatan 1<<<
>>>Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 Bagi Tingkatan 4<<<
Sebelum membuat permohonan, pastikan maklumat pemohon, ibu bapa & penjaga dikemaskini pada SPAT KPM pada SPS – Sistem Pengurusan Sekolah (Modul Pengurusan Murid) dan baca panduan permohonan pada menu Sistem Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus (SPSKT) terlebih dahulu.
Langkah-langkah untuk mengemaskini maklumat di Modul Pengurusan Murid adalah seperti berikut:
- Layari laman sesawang SPS – Sistem Pengurusan Sekolah (Modul Pengurusan Murid).
- Kemaskini maklumat pemohon, ibu bapa & penjaga. Klik hantar.
- Maklumkan kepada guru kelas untuk membuat pengesahan perubahan maklumat.
- Maklumat terkini pada Borang Permohonan Sekolah Khusus akan dipaparkan setelah guru kelas membuat pengesahan.
Selepas membuat pengemaskinian maklumat pada Modul Pengurusan Murid, pemohon bolehlah membuat permohonan seperti biasa pada sistem.
Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan (MyKad atau MyKid) dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftarkan pada APDM) untuk memasuki sistem. Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.
Pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP / SMKA / SMT / KV / MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.
Tarikh Penting PKSK
Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:
Perkara | Tarikh |
---|---|
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Dalam Talian | 1 Ogos 2024 – 8 September 2024 |
Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 (PKSKT4) | 13 September 2024 – 3 Oktober 2024 |
Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 (PKSKT1) | 13 September 2024 – 17 Oktober 2024 |
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 | 23 September 2024 – 3 Oktober 2024 |
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 | 7 Oktober 2024 – 17 Oktober 2024 |
Semakan Tawaran PKSK Tingkatan 4 & Tingkatan 1 Sesi 2025/2026 | 31 Januari 2025 |
Pendaftaran Tingkatan 4 & Tingkatan 1 Sesi 2025/2026 | 18 Februari 2025 |
Jadual Pelaksanaan PKSK
Berikut pula adalah jadual pelaksanaan PKSK bagi sesi 2025/2026 yang akan diadakan nanti, iaitu seperti ketetapan dibawah:
Sesi | Pendaftaran | Artikulasi Penulisan | Pentaksiran Kemasukan Ke Sekolah Khusus |
---|---|---|---|
1 | 7.30 – 8.00 pagi | 8.15 – 9.00 Pagi | 9.15 – 10.45 Pagi |
2 | 9.30 – 10.00 Pagi | 10.15 – 11.00 Pagi | 11.15 – 12.45 Tengahari |
3 | 1.30 – 2.00 Petang | 2.15 – 3.00 Petang | 3.15 – 4.45 Petang |
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kemasukan dan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025/2026 ini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari masa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!