Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2024/2025
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2024/2025 kini dibuka untuk semua pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 sesi akademik 2023/2024.
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus (PKSK) adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Semua murid yang didaftarkan di dalam APDM Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) layak untuk memohon dan menduduki PKSK.
Isi Kandungan
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2024/2025
Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, KPM telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus.
Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2024 ini dibuka mulai 1 Ogos hingga 17 September 2023 secara atas talian.
Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dibawah untuk membuat Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2024/2025 iaitu:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
- Pemohon telah mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Bagi kemasukan Tingkatan 1 tahun 2024, murid Tahun 6 tahun 2023/2024 mestilah:
- Berumur 12 tahun; atau
- Lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012.
- Bagi kemasukan Tingkatan 4 tahun 2024, murid Tingkatan 3 tahun 2023/2024 mestilah:
- Berumur 15 tahun; atau
- Lahir pada 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009.
Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2024/2025
- Pemohon yang ingin membuat Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2024/2025 boleh memohon melalui pautan di bawah:
>>>Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2024/2025 Bagi Tingkatan 1<<<
>>>Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2024/2025 Bagi Tingkatan 4<<<
- Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan (MyKad atau MyKid) dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftarkan pada APDM) untuk memasuki sistem. Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.
- Pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.
Tarikh Penting PKSK
Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:
Perkara |
Tarikh |
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Dalam Talian |
01 Ogos – 17 September 2023 |
Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 |
25 September – 13 Oktober 2023 |
Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 |
25 September – 27 Oktober 2023 |
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM |
02 – 13 Oktober 2023 |
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 |
16 – 27 Oktober 2023 |
Semakan Pusat Pentaksiran
Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Pentaksiran akan bermula pada tarikh berikut:
- Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4:
25 September – 13 Oktober 2023
- Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1:
25 September – 27 Oktober 2023
Format PKSK
Format pelaksanaan PKSK adalah seperti berikut:
Perkara |
Bahagian A (Kecerdasan Insaniah) |
Bahagian B (Kecerdasan Intelek) |
Bahagian C (Artikulasi Penulisan) |
Kaedah |
Online |
Online |
Bertulis (Bersemuka) |
Jenis Item |
Objektif Aneka Pilihan (MCQ) |
Objektif Aneka Pilihan (MCQ) |
Subjektif (Respon Terbuka) |
Cukupan Isi Kandungan |
EQ, SQ, SSQ |
IQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian Masalah |
Tajuk Ditetapkan |
Wajaran Skor |
20% |
70% |
10% |
Pelaksanaan PKSK
PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi dan setiap sesi tersebut terbahagi kepada 2 fasa pelaksanaan.
- Untuk fasa 1, calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
- Bagi fasa 2, calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Adalah diingatkan bahawa calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kemasukan dan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2024/2025 ini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari masa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.