Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia Bagi Tahun 2025

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia kini dibuka untuk murid-murid Tingkatan 1 bagi Sesi Akademik Tahun 2025.

Isi Kandungan

Mengenai Sekolah Seni Malaysia

Sekolah Seni Malaysia (SSeM) ditubuhkan untuk memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda di Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu sahaja sebaliknya mereka boleh membentuk kerjaya dalam bidang seni.

SSem adalah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Penubuhan SSeM adalah sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, iaitu:

  • Menyediakan Kesamarataan Akses kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa dengan memperluas akses dan meningkatkan kualiti pendidikan selari dengan usaha untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan bukan berkisar kepada akademik semata mata.

Objektif SSeM adalah untuk

  • melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
  • melahirkan murid yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang kesenian.
  • menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
  • melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
  • melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.

Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan kesenian dan akademik.

Terdapat 4 bidang pengajian di Sekolah Seni Malaysia bagi Menengah Rendah (Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3) iaitu Muzik, Seni Visual, Tari dan Teater manakala 6 bidang pengkhususan bagi murid di peringkat Menengah Atas (Tingkatan 4 & Tingkatan 5) iaitu, Muzik, Seni Halus, Reka Bentuk, Komunikasi Visual, Tari dan Teater.

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia Bagi Tahun 2025 1
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia

Lokasi / Senarai Sekolah Seni Malaysia

Terdapat empat (4) buah Sekolah Seni Malaysia yang terdapat di Seluruh Malaysia adalah seperti berikut:

  • Sekolah Seni Malaysia Johor di Bandar Seri Alam, Masai.
  • Sekolah Seni Malaysia Sarawak di Kuching.
  • Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di Pudu, KL.
  • Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput Utara.

Selain itu, terdapat sebuah sekolah lagi yang melaksanakan Program Pendidikan Seni di Malaysia iaitu SMK Elopura, Sandakan, Sabah.

Bidang Kesenian Yang Ditawarkan

Bidang kesenian yang ditawarkan di Sekolah Seni Malaysia dan di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni adalah seperti berikut:

  • Muzik.
  • Tari.
  • Teater / Seni Lakon.
  • Seni Visual.

Mata Pelajaran Yang Ditawarakan

Berikut pula adalah senarai mata pelajaran yang ditawarkan di Sekolah Seni Malaysia dan di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Seni.

Bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, selain daripada mata pelajaran teras dan wajib, semua murid WAJIB mempelajari mata pelajaran kesenian. Berikut adalah senarai penuhnya:

Mata PelajaranJenis Mata Pelajaran
Bahasa MelayuMata Pelajaran Teras
Bahasa InggerisMata Pelajaran Teras
MatematikMata Pelajaran Teras
SainsMata Pelajaran Teras
SejarahMata Pelajaran Teras
Pendidikan Islam / Pendidikan MoralMata Pelajaran Teras
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan KesihatanMata Pelajaran Wajib
Seni VisualMata Pelajaran Kesenian
Seni MuzikMata Pelajaran Kesenian
Seni TariMata Pelajaran Kesenian
Seni TeaterMata Pelajaran Kesenian
Bahasa Ibunda (Bahasa Cina / Bahasa Tamil / Bahasa Iban / Bahasa Kadazan Dusun / Bahasa Semai) & Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Jepun / Bahasa Korea)Mata Pelajaran Tambahan
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia

Bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 pula, mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut dan murid hanya memilih salah satu (1) bidang pengkhususan pada mata pelajaran kesenian seperti berikut:

Mata PelajaranJenis Mata Pelajaran
Bahasa MelayuMata Pelajaran Teras
Bahasa InggerisMata Pelajaran Teras
MatematikMata Pelajaran Teras
SainsMata Pelajaran Teras
SejarahMata Pelajaran Teras
Pendidikan Islam / Pendidikan MoralMata Pelajaran Teras
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan KesihatanMata Pelajaran Wajib
Pengkhususan Reka Bentuk
1. Lukisan
2. Sejarah & Pengurusan Seni
3. Reka Bentuk Kraf
4. Reka Bentuk Industri
Mata Pelajaran Kesenian
Pengkhususan Seni Halus
1. Lukisan
2. Sejarah & Pengurusan Seni
3. Seni Halus 2D
4. Seni Halus 3D
Mata Pelajaran Kesenian
Pengkhususan Komunikasi Visual
1. Lukisan
2. Sejarah & Pengurusan Seni
3. Reka Bentuk Grafik
4. Multimedia Kreatif
Mata Pelajaran Kesenian
Pengkhususan Seni Muzik
1. Aural & Teori Muzik
2. Alat Muzik Utama
3. Muzik Komputer
4. Produksi Seni Persembahan
Mata Pelajaran Kesenian
Pengkhususan Seni Tari
1. Tarian
2. Koreografi Tari
3. Apresiasi Tari
4. Produksi Seni Persembahan
Mata Pelajaran Kesenian
Pengkhususan Seni Teater
1. Lakonan
2. Sinografi
3. Penulisan Skrip
4. Produksi Seni Persembahan
Mata Pelajaran Kesenian
Bahasa Ibunda (Bahasa Cina / Bahasa Tamil / Bahasa Iban / Bahasa Kadazan Dusun / Bahasa Semai) & Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Jepun / Bahasa Korea)Mata Pelajaran Tambahan
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia

Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dibawah untuk membuat Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia bagi Tahun 2025, iaitu:

  • Warganegara Malaysia.
  • Calon mestilah daripada Sekolah Kerajaan, Bantuan Penuh Kerajaan dan Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual /Tari /Teater / Muzik).
  • Sihat tubuh badan.
  • Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses.

Berikut pula adalah syarat-syarat kemasukan, iaitu:

  1. Lulus Uji Bakat.
  2. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang telah ditetapkan.
  3. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan.
  4. Mengemukakan rekod kesihatan murid.
  5. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa membuat permohonan.

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia bagi Tahun 2025 boleh dibuat bermula 15 Julai 2024 sehingga 15 September 2024 melalui Sistem Permohonan Murid Ke Sekolah Seni Malaysia pada pautan berikut:

>>>Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia Sesi 2025<<<

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia Bagi Tahun 2025 2
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia

Pemohon boleh mendaftar masuk ke dalam Sistem Permohonan Murid Ke Sekolah Seni Malaysia dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan calon. Hanya permohonan secara dalam talian (online) akan diproses.

Pemohon perlu malalui proses ujibakat sama ada secara bersemuka atau secara dalam talian (rakaman video). Hanya pemohon yang melalui proses uji bakat sahaja akan disenarai pendek untuk pemilihan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pendaftaran kemasukan dan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia bagi Tahun 2025 ini, sila hubungi 03 – 8872 1625 atau e-mel kepada [email protected].

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More