Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2025/2026
Berikut adalah info terkini mengenai Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2025/2026 untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024.
Isi Kandungan
Mengenai Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2025/2026
Dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2025/2026 kini dibuka untuk bakal pelajar lepasan SPM 2024 (bagi Permohonan Fasa 1) mulai 1 Disember 2024 sehingga 28 Februari 2025.
Permohonan Fasa 2 dan pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima (5) hari selepas keputusan SPM 2024 diumumkan nanti.
Keputusan permohonan akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM menerusi laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan.
Jurusan Yang Ditawarkan
Antara jurusan yang ditawarkan untuk Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2025/2026 adalah:
- Jurusan Sains
- Jurusan Sains Komputer
- Jurusan Kejuruteraan
- Jurusan Perakaunan
- Jurusan Perakaunan Profesional
Keistimewaan Mengikuti Program Matrikulasi
Umumnya, terdapat beberapa laluan untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran selepas SPM iaitu Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Pusat Asasi UM, Diploma atau Matrikulasi KPM.
Ramai pelajar memilih Program Matrikulasi KPM antaranya kerana ia adalah:
- laluan pantas untuk ke Universiti;
- yuran pengajian dan penginapan percuma;
- pelajar boleh mendapat Bantuan Sara Hidup bagi yang layak;
- diiktiraf 56 Universiti Antarabangsa; dan
Terkini, Sijil Matrikulasi KPM boleh memohon untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam pada Gred 29.
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat-syarat asas permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi ialah:
- Umur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan.
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah calon SPM tahun semasa.
Manakala, syarat-syarat kelayakan minimum Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2025/2026 ialah memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM 2024, iaitu:
Jurusan Sains SDS | Bahasa Melayu – C Bahasa Inggeris – C Matematik – B Matematik Tambahan – C Kimia – C Fizik / Biologi – C Sejarah – Lulus |
Jurusan Sains SES | Bahasa Melayu – C Bahasa Inggeris – C Matematik – C Matematik Tambahan – Lulus Kimia – Lulus Fizik / Biologi / Sains Komputer – Lulus Sejarah – Lulus |
Jurusan Sains Komputer | Bahasa Melayu – C Bahasa Inggeris – C Matematik – C Matematik Tambahan – C Sains Komputer – C Sejarah – Lulus dan C dalam satu (1) daripada mana-mana mata pelajaran berikut: Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan / Teknologi Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Pertanian / Reka Cipta / Sains Sukan / Perniagaan / Prinsip Perakaunan / Grafik Komunikasi Teknikal / Tasawwur Kejuruteraan / Ekonomi / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. |
Jurusan Kejuruteraan | Bahasa Melayu – C Bahasa Inggeris – C Matematik – B Matematik Tambahan – C Fizik – C Kimia – Lulus Sejarah – Lulus dan C dalam satu (1) daripada mana-mana mata pelajaran berikut: Biologi / Sains Tambahan / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Lukisan Kejuruteraan / Geografi / Grafik Komunikasi Teknikal / Pendidikan Seni Visual / Pendidikan Syari ah Islamiah / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Pengajian Keusahawanan / Perniagaan / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. |
Jurusan Perakaunan | Bahasa Melayu – C Bahasa Inggeris – C Matematik – C Sejarah – Lulus dan C dalam tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut: Fizik / Kimia / Biologi / Matematik Tambahan / Sains Komputer / Sains / Sains Tambahan / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Sukan / Geografi / Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Pengajian Keusahawanan / Tasawwur Islam / Usul Al-Din / Pendidikan Syari ah Islamiah / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Al-Syariah / Pendidikan Seni Visual / Grafik Komunikasi Teknikal / Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Lukisan / Rekabentuk Kraf / Reka Bentuk Industri / Reka Bentuk Grafik / Multimedia Kreatif / Hifz Al-Quran / Maharat Al-Quran. |
Jurusan Perakaunan Profesional | Bahasa Melayu – C Bahasa Inggeris – A- Matematik – A Matematik Tambahan – C Sejarah – Lulus Lulus Ujian aptitud dan termuduga dan A dalam tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut: Fizik / Kimia / Biologi / Matematik Tambahan / Sains Komputer / Sains / Sains Tambahan / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Sukan / Geografi / Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Pengajian Keusahawanan / Tasawwur Islam / Usul Al-Din / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syari ah Islamiah / Al-Syariah / Pendidikan Seni Visual / Grafik Komunikasi Teknikal / Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam |
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi ini adalah PERCUMA dan permohonan baharu boleh dibuat sepanjang tarikh permohonan dibuka dan dibuat secara atas talian (online) pada pautan berikut:
>>>Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2025/2026<<<
Untuk makluman, permohonan baharu mulai Sesi 2025/2026 akan dibuka untuk Jurusan Sains Komputer dan Mata Pelajaran Hifz Al-Quran (bagi pelajar tahfiz SPM 2024).
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan Kemasukan Matrikulasi 2025/2026 ini, sila e-melkan pertanyaan anda kepada [email protected] atau hubungi 03 – 8884 4083 / 4042 / 4098 atau terus joined Telegram Channel JomMasukMatriks.
Seterusnya, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Matrikulasi ini, anda juga boleh rujuk pada Soalan Lazim Program Matrikulasi KPM berikut:
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!