Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas Ambilan Tahun 2025

Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas kini dibuka untuk semua murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Ambilan Tahun 2025.

Isi Kandungan

Info Terkini KPM: Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Pendidikan Khas

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas bagi murid Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Ambilan Tahun 2025 kini dibuka dan telah dihebahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas bagi Ambilan Tahun 2025 ini kini dibuka mulai 1 Ogos 2024 hingga 29 September 2024 secara atas talian.

Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas Ambilan Tahun 2025 1
Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Kursus yang ditawarkan untuk Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas di

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK),
  • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV), dan
  • Kolej Vokasional Keningau

bagi Ambilan Tahun 2025 adalah seperti berikut:

Nama SekolahNama KursusKategori Murid
SMPKV Indahpura, Kulai JohorRefleksologi Kaki, Tangan Dan Telinga (MP-080-3:2011)Ketidakupayaan Penglihatan (BL), Masalah Pembelajaran (LD)
SMPKV Indahpura, Kulai JohorPerkhidmatan Estetik (MP-060-2:2013)Masalah Pembelajaran (LD) – Perempuan Sahaja
SMPKV Indahpura, Kulai JohorPenyediaan Dan Pembuatan Makanan (HT-012-2:2012)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Indahpura, Kulai JohorOperasi Pengemasan (I551-003-2:2018)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Indahpura, Kulai JohorDandanan Rambut (HT-090-2:2012)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Indahpura, Kulai JohorPenerbitan Meja (PR-024-2:2012)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Fizikal (PH), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Shah Alam, SelangorPembuat Pakaian Wanita (TA-011-1:2012)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Shah Alam, SelangorOperasi Pembuatan Perabot (RB-050-2:2012)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Shah Alam, SelangorPemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa (EE-320-2:2012)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Shah Alam, SelangorPeralatan Penyamanan Udara HVAC – Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan) (ME-020-2:2012)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Shah Alam, SelangorPenerbitan Meja (PR-024-2:2012)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Shah Alam, SelangorOperasi Pengeluaran Batik (SS-100-3:2013)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Shah Alam, SelangorPenyediaan dan Pembuatan Makanan (HT-012-2:2012)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Shah Alam, SelangorMotosikal-Penyelenggaraan & Perkhidmatan (G454-001-1:2018)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Shah Alam, SelangorDandanan Rambut (HT-090-2:2012)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD) – Perempuan Sahaja
SMPKV Kuantan, PahangPenyediaan dan Pembuatan Makanan (HT-012-2:2012)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Kuantan, PahangPembuatan Roti (HT-013-2:2011)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Kuantan, PahangOperasi Pengeluaran Batik (SS-100-3:2013)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Kuantan, PahangAtendan Landskap (LE-010-1)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Kuantan, PahangPekerja Am Tanaman (AF-010-1)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Kuantan, PahangPekerja Ladang Poltri (Y-011-1)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Kuantan, PahangPekerja Ladang Ruminan (AF-060-1)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Kuantan, PahangOperator Akuakultur (AF-031-1)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Kuantan, PahangPembuatan Pastri (HT-014-2:2011)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Kuantan, PahangOperator Pengeluaran dan Pemprosesan Makanan (Y-040-1)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Pelbagai (MD)
SMPKV Merbok, KedahOperasi Servis Makanan Dan Minuman (I561-002-2:2018)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Fizikal (PH), Ketidakupayaan Pelbagai (MD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
SMPKV Merbok, KedahPenyediaan dan Pembuatan Makanan (HT-012-2:2012)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Fizikal (PH), Ketidakupayaan Pelbagai (MD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
SMPKV Merbok, KedahPembuatan Pastri (HT-014-2:2011)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Fizikal (PH), Ketidakupayaan Pelbagai (MD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
SMPKV Merbok, KedahPembuatan Roti (HT-013-2-2011)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Fizikal (PH), Ketidakupayaan Pelbagai (MD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
SMPKV Merbok, KedahMereka Bentuk dan Pengeluaran Jahitan Kreatif (C131-001-3:2016)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Fizikal (PH), Ketidakupayaan Pelbagai (MD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
SMPKV Merbok, KedahPeralatan Penyaman Udara HVAC – Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan) (ME-020-2:2012)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Fizikal (PH), Ketidakupayaan Pelbagai (MD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
SMPKV Merbok, KedahAtendan Landskap (LE-010-1)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Fizikal (PH), Ketidakupayaan Pelbagai (MD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
SMPKV Merbok, KedahOperasi Pengemasan (I551-003-2:2018)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Fizikal (PH), Ketidakupayaan Pelbagai (MD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
SMPKV Merbok, KedahOperasi Perkhidmatan Dobi (HT-053-3:2013)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Fizikal (PH), Ketidakupayaan Pelbagai (MD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
SMPKV Merbok, KedahJahitan Pakaian Lelaki (C141-001-2:2017)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Fizikal (PH), Ketidakupayaan Pelbagai (MD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
SMPKV Merbok, KedahPembuat Pakaian Wanita (TA-011-1:2012)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pertuturan (SD), Ketidakupayaan Fizikal (PH), Ketidakupayaan Pelbagai (MD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
SMKPK Persekutuan, Pulau PinangPembuat Pakaian Wanita (TA-011-2:2012)Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
SMKPK Persekutuan, Pulau PinangPemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa (EE-320-2:2012)Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
SMKPK Persekutuan, Pulau PinangOperasi Pembuatan Perabot (RB-050-2:2012)Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
Kolej Vokasional Keningau, SabahPembuat Pakaian Wanita (TA-011-2:2012)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
Kolej Vokasional Keningau, SabahOperasi Pembuatan Perabot (RB-050-2:2012)Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
SMKPK Bumbong Lima, Pulau PinangPerkhidmatan Estetik (MP-060-2:2013)Masalah Pembelajaran (LD) – Perempuan Sahaja
SMKPK Bumbong Lima, Pulau PinangArtis Multimedia-Visual (IT-050-2)Ketidakupayaan Penglihatan (BL)
SMKPK Bumbong Lima, Pulau PinangServis dan Penyelenggaraan Motosikal (TP-118-1:2012)Masalah Pembelajaran (LD) – Lelaki Sahaja
SMKPK Bumbong Lima, Pulau PinangPenyediaan dan Pembuatan Makanan (HT-012-2:2012)Ketidakupayaan Pendengaran (DE)
Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas

Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dibawah untuk membuat Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas bagi Ambilan Tahun 2025, iaitu:

  1. Murid merupakan warganegara Malaysia.
  2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
  3. Mempunyai surat pengesahan daripada pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan Kerajaan / Swasta; atau
  4. Pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan permohonan Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (EMBPK).
  5. Murid mestilah sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan dan lain-lain penyakit) yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali.
  6. Berkeupayaan mengurus diri.
  7. Tidak mempunyai rekod salah laku disiplin berat pada laporan murid daripada Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan laporan kehadiran melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
  8. Menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
  9. Berumur antara 12 tahun hingga 14 tahun semasa membuat permohonan, bagi permohonan ke Tingkatan 1.
  10. Berumur antara 15 tahun hingga 18 tahun semasa membuat permohonan, bagi permohonan ke Tingkatan 4.

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas

Pemohon yang ingin membuat Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas Ambilan Tahun 2025 boleh memohon pada Sistem ePKHAS melalui pautan di bawah:

>>>Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas Ambilan Tahun 2025<<<

Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas Ambilan Tahun 2025 2
Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas

Sistem ePKHAS hanya untuk Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas atau permohonan penempatan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) ke SMKPK / SMPKV / KV KENINGAU.

Permohonan penempatan MBPK ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) boleh dikemukakan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) / Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Permohonan Kemasukan Pendidikan Khas Ambilan Tahun 2025 ini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More