Permohonan Kemasukan Program Intensif Bahasa Inggeris
Isi Kandungan
Pengenalan
Kolej Profesional MARA (KPM) telah mengadakan Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) sesi 1/2021 pengambilan bulan April ini.
Hanya calon lepasan SPM/SPMV/SVM/STPM/STAM bagi tahun 2019 & ke bawah boleh memohon. Program ini diadakan di KPM Ayer Molek, Melaka.
Tempoh Bagi Program
- Permohonan: 17hb Februari sehingga 7hb Mac 2021
- Semakan: 10hb Mac hingga 17hb Mac 2021
- Rayuan Semula: 10hb Mac hingga 17hb Mac 2021
- Pendaftaran: 2hb April 2021
Tempoh Pengajian bagi Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) ini adalah 2 bulan sahaja.
Maklumat Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web MARA
http://www.mara.gov.my atau Portal UPIM http://apponline.mara.gov.my/upimonline/ mulai
17 Februari 2021 (Rabu) jam 10.00 pagi hingga 07 Mac 2021 (Ahad) jam 11.59 malam. - Pemohon perlu memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan yang ditetapkan.
- Pemohon hanya boleh memohon program pengajian peringkat persediaan iaitu Program Intensif
Bahasa Inggeris (Intensive English Programme, IEP) yang ditawarkan oleh pihak MARA di KPM Ayer Molek, Melaka. - Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.
Syarat Kelayakan
Terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti bagi melayakkan diri sebagai calon Program Intensif Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:
- Bumiputera
- Warganegara Malaysia
- Memperoleh minimum 3 Kepujian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf termasuk subjek:
- Bahasa Melayu
- Dua (2) subjek lain
Dan
- Bahasa Inggeris (minimum Gred D)
- Matematik (minimum Gred E)
Syarat Umum
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
- Pemohon berumur 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
- Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
- Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
- MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut yang berkaitan, anda boleh menghubungi talian dibawah:
Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,
Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081
Emel : [email protected]
Facebook : Hi-Edu MARA – Kolej Profesional MARA
Twitter : Hi Edu MARA
Telegram : Hi Edu MARA
Instagram : Hi Edu MARA
Portal UPIM : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
WhatsApp : +6011-58521184
Waktu urusan adalah pada hari Isnin hingga Khamis (9 pagi hingga 1 tengah hari dan 2 petang hingga 4.30 petang) manakala hari Jumaat (9 pagi hingga 12.15 tengah hari dan 2.45 petang hingga 4.30 petang).
Artikel lain : Skim Bantuan TUNAS, Skim Pendaftaran Perniagaan 2021,Skim Bantuan Kanak,KWSP 8 Mac,