Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024

Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024 kini telah dibuka dari 1 Ogos 2023 hingga 31 Oktober 2023. Ayuh semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan ingin memasuki Taska / Tabika Kemas, mari mendaftar!
Untuk pengetahuan semua, ibu bapa boleh dapat Borang Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024 secara dalam talian sebelum tarikh tutup permohonan.
Isi Kandungan [show]
Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak memusatkan dan mengawal Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara yang tertakluk pada Taska.
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kemas terbahagi kepada dua kategori iaitu:
- Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), iaitu untuk kanak-kanak yang berusia 2 – 4 Tahun.
- Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA), iaitu untuk kanak-kanak yang berusia 4 – 6 Tahun.
Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024
- Kanak-kanak yang memiliki status sebagai Warganegara Malaysia atau salah seorang ibu bapa Warganegara.
- Terbuka untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun (Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun).
Cara Membuat Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024
- Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024 akan dibuka mulai 01 Ogos hingga 31 Oktober 2023
- Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat pada pautan dibawah atau di semua Tabika Kemas.
>>>Borang Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024<<<
- Jumlah kanak-kanak dalam satu kelas adalah terhad, iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (berdasarkan kepada keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter persegi bagi setiap kanak-kanak).
- Jumlah ideal untuk satu kelas adalah 25 orang kanak-kanak.
- Borang permohonan atau borang pendaftaran yang telah lengkap diisi bersama dokumen yang berkaitan perlu dihantar terus ke Tabika Kemas yang berdekatan.
- Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika akan mengeluarkan surat jawapan Terima / Tolak kepada ibu bapa / penjaga kanak-kanak yang terlibat.
- Surat pemberitahuan tentang status permohonan akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat pada bulan November 2023.
Dokumen Yang Diperlukan
Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran? Penting untuk ibu bapa menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut untuk membuat Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024.
- Salinan sijil kelahiran kanak-kanak.
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga.
- Slip gaji ibu dan bapa / penjaga.
- Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
- Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan) beserta rekod imunisasi.
Senarai Tabika / Taska Kemas Di Seluruh Malaysia
Untuk pengetahuan semua ibu bapa, anda boleh melihat sendiri senarai Taska / Tabika Kemas di seluruh Malaysia yang kami sediakan di bawah mengikut negeri bagi memudahkan urusan anda memilih taska yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal anda.
- KEDAH
- PERLIS
- PULAU PINANG
- PERAK
- KELANTAN
- WILAYAH PERSEKUTUAN
- TERENGGANU
- PAHANG
- SELANGOR
- MELAKA
- NEGERI SEMBILAN
- JOHOR
- SABAH
- SARAWAK
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2024 ini, sila rujuk terus ke Tabika yang anda pilih atau hubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Negeri / Daerah berdekatan.
Semoga anak-anak kecil anda berjaya dan terpilih untuk mendapatkan tawaran Kemasukan ke Tabika Kemas bagi Sesi 2024 nanti!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.