Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Laptop Percuma Dan Baucar Buku Tahun 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan laptop percuma dan baucar buku bagi tahun 2025 yang terkini telah dibuka.

Isi Kandungan [show]

Permohonan Laptop Percuma Dan Baucar Buku Yayasan Sarawak

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan laptop percuma dan baucar buku melalui Biasiswa Yayasan Sarawak 2025 kini dibuka untuk anak kelahiran Sarawak.

Terdapat dua (2) insentif yang kini ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan, iaitu:

  1. Laptop Percuma
  2. Baucar Buku

Untuk makluman, tarikh permohonan laptop percuma dan baucar buku oleh Yayasan Sarawak ini adalah bermula pada 23 Mac 2025 sehingga 30 April 2025.

Permohonan Laptop Percuma Dan Baucar Buku Tahun 2025 1

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi mereka yang ingin membuat permohonan laptop percuma dan baucar buku Yayasan Sarawak ini, iaitu:

Syarat Permohonan Laptop Percuma1. Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak (sekurang-kurangnya ibu atau bapa merupakan rakyat Sarawak).
2. Diploma Tahun Pertama & Ijazah Sarjana Muda di IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
3. Pelajar sepenuh masa.
4. Pendapatan isi rumah RM1500 dan ke bawah.
5. Mendapat sokongan daripada institusi pendidikan tersebut.
Syarat Permohonan Baucar Buku1. Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak (sekurang-kurangnya ibu atau bapa merupakan rakyat Sarawak).
2. Semua peringkat pendidikan (daripada Asasi ke PhD) di IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
3. Pelajar sepenuh masa.
4. Pendapatan isi rumah RM1500 dan ke bawah.
5. Mendapat sokongan daripada institusi pendidikan tersebut.

Cara Membuat Permohonan

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan laptop percuma dan baucar buku bagi tahun 2025, iaitu:

Langkah 1: Pra-Syarat1. Daftar ke ID Sarawak.
2. Buat akaun S Pay Global anda.
3. Layari laman web my-Yayasan dan log masuk menggunakan ID Sarawak.
4. Klik mohon.
Langkah 2: Permohonan1. Isikan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
2. Muat turun pengesahan dan dapatkan institusi anda untuk mengesahkan.
3. Muat naik surat (disahkan dan ditandatangani).
4. My-Yayasan akan menganalisis permohonan dan kelayakan anda.
5. Klik hantar untuk memohon program yang layak anda dapatkan.
Langkah 3: Semak Status Permohonan1. Anda boleh menyemak status permohonan anda di laman web my-Yayasan.
2. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel atau SMS.
Langkah 4: Memantau Status Bantuan Anda (Untuk Pengguna Status Diluluskan Sahaja)1. Muat turun, pasang (install) dan log masuk ke Aplikasi Pelanggan my-Yayasan untuk melihat status pembayaran.
2. Bantuan akan disalurkan ke akaun S Pay Global anda.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan permohonan laptop percuma dan baucar buku ini, anda boleh rujuk laman web my-Yayasan dan Facebook Yayasan Sarawak.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More