Permohonan Moratorium Automatik PKP 3.0 Bank Negara Malaysia
Permohonan Moratorium Automatik sempena PKP 3.0 adalah satu inisiatif daripada kerajaan untuk membantu rakyat semasa bergelut dengan pandemik covid-19 yang semakin meningkat ini. Di sini dikongsikan info terkini dari Bank Negara tentang moratorium automatik PKP 3.0 dan juga cara membuat permohonan moratorium automatik di institusi perbankan masing-masing.
Isi Kandungan
3 Kategori Kelayakan Moratorium Automatik PKP 3.0
KATEGORI 1 :
- Individu hilang pekerjaan
- Penerima BSH / BPR (B40)
- PKS / perusahaan mikro yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP
- Perusahaan Mikro – kemudahan pinjaman yang diluluskan sehingga RM150,000 (seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp)
Jenis Bantuan Bayaran Balik Pinjaman:
- i) Moratorium selama tiga bulan; ATAU
- ii) Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
KATEGORI 2 :
- Individu M40 & T20 yang mengalami pengurangan pendapatan (semua peminjam) – Termasuk gaji, elaun, komisen dan pendapatan isi rumah
Jenis Bantuan Bayaran Balik Pinjaman:
Pengurangan ansuran bulanan selaras dengan pendapatan yang berkurang.
Cara Membuat Permohonan Moratorium Selama 6 Bulan
Kehidupan yang semakin mencabar di Malaysia gara-gara covid19 menyebabkan pilihan untuk mengambil dan memohon moratorium ini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Mana tidak, ramai kesempitan kewangan dan ramai yang sudah mula mengangkat bendera putih!
Jadi kali ini mari kita amati dengan jelas bagaimana kita dapat membuat permohonan moratorium ini. Bagik buruk sila fikir dengan teliti kerana keputusan berada di tangan anda. Setiap orang lain ujian dan keperluannya, jadi jangan ikut orang pastikan anda timbal balik keputusan anda mengikut keadaan ekonomi anda dan keluarga anda.
Link permohonan bagi setiap bank di Malaysia
Di sini kami kongsikan link permohonan bagi setiap bank di Malaysia yang telah mengemaskini borang permohonan moratorium secara online:
- Moratorium Maybank – Cara Memohon
- Moratorium Bank Islam – Cara Memohon
- Moratorium BSN
- Moratorium AffinBank
- Moratorium Bank Rakyat – Cara Memohon
- Moratorium Bank Muamalat
- Moratorium CIMB
- Moratorium Public Bank
- Moratorium Ambank
- Moratorium RHB
- Moratorium HSBC
- Moratorium Hong Leong Bank
Bantuan khusus lain yang bersesuaian dengan keperluan dan keadaan kewangan individu terus tersedia. Kepada yang berkenaan perlu menghubungi bank masing-masing untuk mengetahui syarat-syarat dan proses selanjutnya.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat penuh tentang permohonan Moratorium Automatik, sila rujuk Bank Negara Malaysia di https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ atau hubungi bank anda untuk butiran lanjut.
Siapa yang layak mohon moratorium bank untuk PEMERKASA Plus?
Peminjam B40, M40 & T20 serta penerima BSH atau BPR layak mendapat moratorium.
Bagaimanakah cara untuk mohon moratorium?
Untuk permohonan, peminjam perlulah merujuk kepada bank masing-masing. Sila rujuk tajuk “Link Permohonan” di atas untuk detail.
Berapakah tempoh moratorium automatik ini?
Dalam PEMERKASA ini , anda mungkin akan dapat bantuan moratorium automatik ini selama 3 bulan. Justeru, jangan berlengah lagi.