Cara Membuat Permohonan Moratorium Selama 6 Bulan Bermula 7 Julai
Permohonan Moratorium Selama 6 Bulan boleh dibuat mulai 7 Julai ini iaitu pada hari Rabu. Secara umumnya, moratorium adalah salah satu kemudahan dalam bentuk penangguhan rasmi bayaran balik pinjaman sementara sepanjang tempoh moratorium. Pembaca sekalian boleh mendapatkan info lanjut berkaitan “Apa Itu Moratorium” di sini.
Dalam sidang rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, beliau menyatakan seramai 250 ribu peminjam yang akan mendapat kelulusan permohonan moratorium selama 6 bulan ini secara automatik dan perlu memilih antara dua pilihan, iaitu:
- Mendapatkan moratorium selama 3 bulan, atau
- Pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama 6 bulan
Isi Kandungan
Permohonan Moratorium Selama 6 Bulan
Cara Membuat Permohonan
Untuk permohonan moratorium selama 6 bulan ini, peminjam boleh melakukannya melaui 3 saluran yang betul, iaitu melalui borang web, penghantaran e-mel atau secara panggilan telefon ke mana-mana bank yang berkaitan.
5 Langkah Permohonan melalui Borang Web
- Pergi ke laman web rasmi bank anda.
- Klik pada borang web.
- Isi butiran peribadi dan pembiayaan anda.
- Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman.
- Klik ‘hantar’ dan tunggu sehingga pihak bank mengesahkan penerimaan permohonan anda.
- Berikut merupakan antara borang moratorium bank yang boleh anda dapati:
BORANG MORATORIUM
Link Download Aplikasi
SENARAI BANK YANG TERLIBAT - Borang Moratorium BSN,
- Borang Moratorium Bank Rakyat,
- Borang Moratorium Bank Islam,
- Borang Moratorium Bank HSBC
- dan lain-lain bank berkaitan
5 Langkah Permohonan melalui E-Mel
- Pergi ke laman web rasmi bank anda.
- Klik pada pautan e-mail yang disediakan
- Isi butiran peribadi dan pembiayaan anda.
- Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman.
- Klik ‘hantar’ dan tunggu sehingga pihak bank mengesahkan penerimaan permohonan anda.
2 Langkah Permohonan Melalui Panggilan Telefon
- Hubungi pusat khidmat pelanggan bank anda.
- Tunggu sehingga panggilan anda dijawab oleh operator yang akan membimbing anda sepanjang proses mendapatkan moratorium ini.
- Pastikan anda sudah bersedia dengan mana-mana fail yang berkaitan pinjaman/bayaran anda(memudahkan kerja pengurusan)
3 Kategori Peminjam Yang Boleh Membuat Permohonan Moratorium Selama 6 Bulan
Kategori | Bantuan Bayaran Balik |
---|---|
Semua Individu (B40, M40 and T20) |
|
Mikroenterprise | |
Seluruh SME(Yang terkesan daripada pandemik Covid-19) |
|
Soalan Lazim Berkaitan Permohonan Moratorium PEMULIH
Saya masih tidak tahu dan jelas berkaitan moratorium yang ditawarkan oleh bank tempat pinjaman saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
- Anda boleh terus menghubungi pusat khidmat pelanggan bank anda bagi mendapatkan info lanjut berkaitan pelaksanaan moratorium ini.
Saya masih belum faham sama ada moratorium ini perlu dibuat permohonan atau tidak?
- Ya, setiap peminjam yang ingin meringankan bebanan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 digalakkan bagi membuat permohonan moratorium ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan mendapat moratorium secara automatik?
- Peminjam yang membuat permohonan ke bank masing-masing, anda akan mendapat kelulusan secara automatik. Ini bermaksud, anda masih perlu membuat permohonan. (Tidak tertakluk kepada semua peminjam)
Adakah wajib untuk saya membuat permohonan moratorium selama 6 bulan ini?
- Tidak, permohonan ini tidak diwajibkan kepada semua peminjam melainkan atas kehendak sendiri bagi meringankan beban.
Bolehkah saya membuat permohonan moratorium melebihi 6 bulan seperti yang ditetapkan?
- Seperti kenyataan rasmi PM Muhyiddin, tempoh moratorium adalah sehingga 6 bulan. Jikalau anda mempunyai sebarang kesukaran dan masalah untuk menjelaskan bayaran selepas tempoh moratorium, anda boleh menghubungi bank anda mendapatkan mendapatkan maklumat lanjut.
Adakah dibenarkan sekiranya saya ingin meneruskan bayaran balik pinjaman/pembiayaan dan ingin pilih keluar(opt-out)daripada moratorium automatik, apakah yang perlu saya lakukan?
- Ya, dibenarkan. Anda boleh menghubungi pihak bank anda atau menghantar SMS seperti OPTOUT<jarak>4 Digit Terkahir NRIC / Nombor Pasport<jarak>Nombor Akaun Pinjaman/Pembiayaan .
- Pihak bank akan memaklumkan sekiranya berjaya. Anda perlulah menjelaskan bayaran sebagaimana yang tercatat dalam jadual bayaran yang sedia ada.
Mengapa saya perlu menunggu terlalu lama di operator mana-mana bank yang berkaitan?
- Anda perlulah bersabar dan memilih masa yang sesuai untuk membuat panggilan kerana terlalu ramai peminjam yang turut melakukan perkara yang sama.
Kesan/Faedah Membuat Permohonan Moratorium selama 6 Bulan
- Memastikan pembayaran kereta anda yang tertunggak tidak ditarik atau dan rumah lelongan rumah
- Membantu anda meringankan bebanan sara hidup dan memfokuskan kepada perbelanjaan harian keluarga(barang dapur, makanan basah dan data untuk pembelajaran)
- Mengurangkan tekanan pemikiran peminjam, lebih-lebih lagi keadaan negara kita yang masih tidak nampak pangkal akhirnya.
Tujuan perkongsian berkenaan dengan Permohonan Moratorium Selama 6 Bulan ini dibuat dengan harapan agar rakyat semua mampu mengambil peluang ini melalui cara dan saluran yang betul. Majoriti rakyat Malaysia terkesan dengan pelanjutan perintah kawalan pergerakan yang pelbagai ini. Moga-moga, akan ada sinar buat kita semua. InsyaAllah.