Permohonan MyTravelPass Untuk Masuk dan Keluar Negara Malaysia
Permohonan Untuk masuk dan keluar negara Malaysia boleh dibuat dengan menggunakan MyTravelPass kepada prosedur terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) banyak menerima permohonan untuk keluar Negara dan permohonan masuk semula ke Malaysia bagi kalangan warganegara Malaysia.
Sebelum ini, JIM telah mengeluarkan surat prosedur bagi warganegara Malaysia yang ingin keluar negara bagi tujuan menyambung pelajaran dan bekerja bertarikh 10 September 2020 berkaitan perkara ini.
Travellers boleh baca dan mohon bertenang ya.
Isi Kandungan
Cara Permohonan MyTravelPass
Permohonan kebenaran masuk dan keluar negara bagi rakyat Malaysia dan warganegara asing boleh dibuat menggunakan sistem MyTravelPass melalui laman web rasmi JIM:
- Layari https://www.imi.gov.my/
- Klik pada MyTravelPass (Icon Passport)
- Klik pada bahagian yang anda mahukan samada untuk warganegara (anda sendiri atau pasangan anda atau kanak – kanak) atau warganegara asing
- Baca terlebih dahulu setiap prosedur sebelum anda klik Agree and Proceed
- Process akan dibuat dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja
Baca Juga: Permohonan Program Perumahan Rakyat 2021
Anda boleh rujuk kepada gambar dibawah:
Semakan Status Permohonan
Anda boleh klik pada pautan ini untuk membuat semakan: https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/semakan
Masukkan No. Applikasi atau No. Passport dan Kewarganegaraan anda
Soalan Lazim
Anda boleh melihat pelbagai soalan tentang prosedur bagi warganegara Malaysia yang ingin keluar negara dan masuk semula ke Malaysia DISINI.
Pertanyaan Umum mengenai Jabatan Imigresen Malaysia:
- Wujudkah kaunter khas bagi orang-orang Cacat?
Jabatan mempunyai kaunter khas buat orang tua, orang cacat anggota dan ibu-ibu mengandung. Bagi golongan istimewa (cacat anggota badan), beliau perlulah mendapatkan pengesahan dari Badan Kebajikan Masyarakat atau surat pengesahan daripada pakar perubatan Hospital Kerajaan. - Saya diberitahu Jabatan Imigresen tidak menerima gambar segera (instant) yang diambil di kedai-kedai gambar. Apakah kenyataan ini betul?
Ya, sebab dikhuatiri mutu gambar yang digunakan tidak menepati kehendak Jabatan. - Saya seorang warganegara Nigeria dan telah berkahwin dengan seorang warganegara Malaysia. Saya ingin bekerja dan menetap bersama isteri di Malaysia. Saya ingin mendapat kepastian samada terdapat kemudahan bagi golongan seperti saya dan syaratnya?
Boleh. Suami/isteri adalah dibenarkan bekerja tanpa perlu menukar Pas Lawatan Sosial jangka panjang kepada pas tanggungan dengan syarat mendapat kelulusan kebenaran bekerja dari Jabatan Imigresen Malaysia.
Anda juga boleh masukkan pertanyaan anda pada pautan ini: http://eapp.imi.gov.my/tanya/create
Maklumat Lanjut
Untuk mendapat sebarang maklumat lebih lanjut, anda boleh melihat pautan ini atau Facebook Rasmi JIM