Permohonan Pembiayaan Agropreneur Muda
Agrobank telah membuka permohonan bagi Skim Agropreneur Muda atau Agro – Youth Entrepreneur Scheme (AGRO-YES). AGRO-YES adalah merupakan salah satu produk Agrobank bagi membantu agropreneur muda mendapatkan pembiayaan bagi menjalankan dan mengembangkan aktiviti pertanian mereka.
Isi Kandungan
Matlamat Pelaksanaan
Antara matlamat pelaksanaan AGRO-YES bagi agropreneur Malaysia seperti yang ditetapkan adalah untuk:
- Menarik minat golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
- Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
- Membantu meningkatkan pendapatan usahawan muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
- Menjadikan industri agromakanan sebagai salah satu bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara.
Skop Pembiayaan
Skop pembiayaan yang layak untuk memohon pembiayaan AGRO-YES adalah:
- Tanaman
- Perikanan
- Ternakan
- Industri Asas Tani
- Pemasaran
- Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
- Agropelancongan
Jumlah and Tempoh Bayaran Balik
Agropreneur muda yang layak akan menerima bantuan pembiayaan daripada Agrobank samada RM50,000 atau hingga RM200,000.
Pembiayaan balik yang ditetapkan kepada pemohon adalah selama 7 tahun atau 84 bulan dengan kadar keuntungan semasa adalah sebanyak 2% setahun.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memohon pembiayaan AGRO-YES adalah seperti berikut:
- Pemohon merupakan individu warganegara Malaysia.
- Pemohon adalah berumur minimum 18 sehingga 40 tahun semasa permohonan pembiayaan dilakukan.
- Pemohonan terbuka kepada Individu, Syarikat Pemilikan Tunggal/Enterprise, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad.
- Pemohon hendaklah berdaftar dengan Unit Agropreneur Muda sebelum membuat permohonan pembiayaan (Pendaftaran dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat di cawangan Agrobank)
- Untuk Syarikat Pemilikan Tunggal/Enterprise, perkongsian
Sekurang-kurangmya seorang rakan kongsi dikehendaki berdaftar dengan UAM - Bagi Syarikat Sendirian Berhad, sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah perlu berdaftar dengan UAM.
- Untuk Syarikat Pemilikan Tunggal/Enterprise, perkongsian
- Pemohon perlu terlibat secara langsung dalam projek atau menguruskan projek tersebut.
- Skop pembiayaan adalah tertakluk kepada program pakej pertanian seperti yang telah ditetapkan di bawah Projek Usahawan Tani Muda.
- Pembiayaan bagi projek baru adalah tidak dibenarkan di bawah program ini.
- Projek yang akan dibiayai hendaklah projek yang telah beroperasi melebihi 12 bulan atau 1 tahun.
Cara Memohon
Pemohon yang berminat untuk memohon pembiayaan AGRO-YES, permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan Agrobank yang terdekat.
Anda boleh tekan pautan dibawah untuk melihat senarai Agrobank yang ada: https://www.agrobank.com.my/my/home/contacts/branch-atm-locator/.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pembiayaan AGRO-YES, sila hubungi Pusat Panggilan Agrobank
- di talian 1-300-88-2476
- melayari laman sesawang rasmi https://www.agrobank.com.my.
Artikel lain: Sekolah Diarah Ketatkan SOP