Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA 2022 DARI RM 10,000

Permohonan Pembiayaan Perniagaan Mara 2022 adalah kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh MARA buat para peniaga di Malaysia. Pemilik perniagaan yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan adalah layak untuk membuat permohonan pembiayaan mara ini. Pembiayaan ini akan diberi mengikut jenis perniagaan.

Isi Kandungan

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA 2022?

Pemilik perniagaan yang layak membuat permohonan adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat yang berikut :

  • Milikan tunggal (Enterprise)
  • Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  • SDN BHD

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA 2022

BERAPAKAH HAD BANTUAN PEMBIAYAAN YANG BOLEH DIMOHON?

Terdapat beberapa had bantuan pembiayaan yang boleh dimohon mengikut jenis perniagaan seperti berikut :

  • PUTRA – Had maksimum adalah sehingga RM 10,000.00
  • Skim OKU – Had maksimum adalah sehingga RM 50,000.00
  • SEMAi – Had maksimum adalah sehingga RM 50,000.00
  • DanaNITA – Had maksimum adalah sehingga RM 150,000.00
  • Mobile Business (Karavan/Food Truck) – Had maksimum adalah sehingga RM 500,000.00
  • SPiM – Had maksimum adalah sehingga RM 500,000.00
  • SPiM Tekno – Had maksimum adalah sehingga RM 500,000.00
  • PUTEK – Had maksimum adalah sehingga RM 500,000.00
  • SPiKE – Had maksimum adalah sehingga RM 1,000,000.00
  • MISA – Dari RM 500,001.00 sehingga RM 1,000,000.00
  • PRiN – Dari RM 500,001.00 sehingga RM 1,000,000.00

APAKAH SYARAT UMUM PEMBIAYAAN MARA?

Berikut adalah syarat perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 18 tahun ke atas;
  3. Berdaftar dengan SSM, telah beroperasi melebihi 6 bulan;
  4. Menjalankan perniagaan secara fulltime;
  5. Perniagaan adalah patuh syariah;
  6. Bebas dari senarai hitam MARA

CARA MAMBUAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA 2022 :

Semua permohonan perlu dibuat secara atas talian/online pada pautan :

Sila rujuk senarai semak seperti berikut sebelum menghantar permohonan.

ADAKAH SEMUA JENIS PERNIAGAAN LAYAK MEMOHON?

Ya. Selagi perniagaan tersebut adalah patuh syariah. Semua pemilik perniagaan boleh memohon.

Semoga dengan adanya pembiayaan perniagaan ini dapat membantu para usahawan untuk memajukan lagi industri perniagaan masing-masing serta dapat mencipta masa depan yang lebih cerah. Semoga dengan adanya pembiayaan ini juga dapat membantu memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Baca juga artikel berkenaan Bantuan RM1000 dan cuti berbayar bagi yang terjejas banjir.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More