Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
![](https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2021/06/Tcer17-750x430.jpg)
Permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN ini adalah hanya jika anda pelajar Ijazah Sarjana Muda (bachelor degree) dan menamatkan pengajian dengan cemerlang, iaitu kelas pertama (first class degree).
Isi Kandungan
Syarat-syarat Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
- Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa
- Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Kelas Pertama oleh IPT
- Tamat pengajian dalam tempoh yang ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman
- Pinjaman tidak bertindih dengan penajaan lain
- Kursus/Program peminjam dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menerima MQA
- Memohon di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen
- Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40
Cara Membuat Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
- Buka pautan ini (guna pelayar mozilla FireFox untuk paparan yang baik)
- Kemudian, log masuk dengan memasukkan nombor MyKad dan nombor pinjaman (hubungi Careline PTPTN 03-2193 3000 jika terlupa no. pinjaman)
- Setelah itu, tekan “mohon”
- Anda perlu mengemaskini segala maklumat diri seperti pengajian, pekerjaan , bujang atau sudah berkahwin, maklumat ibu bapa dan lain-lain
- Akhir sekali muat naik dokumen sokongan
Dokumen Yang Perlu Disertakan
- Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya (skrol)
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan
- Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA (untuk peminjam IPTS)
- Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada ijazah)
- Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/transkrip)
Dokumen pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori yang ditetapkan:
Kesemua dokumen yang disertakan ini perlu dalam bentuk PDF dan menerima pengesahan oleh:
- Pengetua atau Guru Besar dari sekolah kerajaan sahaja
- Penghulu, Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Kaum atau Mukim bertauliah
- Pegawai Kerajaan, Kumpula Pengurusan dan Profesional (Gred 41 atau Kumpulan A ke atas), Pengamal Undang-undang, Jaksa Pendamai atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (ahli Exco)
- Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan
- Setelah selesai, klik “submit”.
Semakan Status Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
Status permohonan boleh diketahui dalam tempoh 60 hari daripada tarikh permohonan melalui:
- Klik pautan ini pada portal PTPN atau – https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama
- Surat akan dihantar ke alamat surat peminjam
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan lain, boleh layari pautan ini atau menghadapi sebarang masalah, hubungi 03-2193 3000.
Lain – lain:
- PTPTN lancar empat saluran bayaran, tabungan
- Permohonan Moratorium Automatik PKP 3.0 Bank Negara Malaysia