Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak
Permohonan bagi bantuan perniagaan telah dibuka bagi usahawan negeri Perak. Usahawan negeri Perak termasuk usahawan muda B40 yang mempunyai masalah modal memulakan dan mengembangkan perniagaan, anda kini boleh memohon Pinjaman Tabung Usahawan daripada Yayasan Perak.
Pinjaman Tabung Usahawan ini diwujudkan bagi membantu usahawan dan usahawan muda B40 untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka. Dengan pinjaman ini, usahawan dapat memulakan dan mengembangkan lagi perniagaan mereka yang akan memberikan impak kepada kemajuan ekonomi negeri Perak.
Isi Kandungan
Jumlah Pinjaman
Pinjaman Tabung Usahawan ini menawarkan pinjaman yang menarik iaitu pinjaman tanpa faedah. Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah daripada RM5,000 hingga RM20,000.
Perniagaan Yang Layak Memohon
Pernigaan yang layak memohon pinjaman ini ialah perniagaan yang dijalankan melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan
dan hasil barangan jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.
Pinjaman yang tidak layak memohon pinjaman ini adalah seperti berikut:
- Urusniaga ternakan, perikanan dan pertanian (untuk usahawan baru).
- Urusniaga yang melibatkan pelaburan/Piramid/Skim Cepat Kaya/Perjudian.
- Perniagaan barang lusuh/kitar semula (mengikut pasaran semasa).
- Pembelian dan penyelenggaraan kenderaan untuk perniagaan atau peribadi.
- Perniagaan bermusim .
- Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen UnitAmanah, agen KomisenAm termasuk Broker (tanah atau hartanah) dan seumpamanya.
- Kontraktor Pembinaan (binaan, eletrik, jalanraya, pengairan dan saliran dan lain-lain berkaitan).
- Pengubahsuaian premis, chalet, hostel dan yang berkaitan.
Syarat Permohonan
Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat permohonan oleh Yayasan Perak iaitu:
- Usahwaan berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
- Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
- Bagi pemohon bekerja kerajaan/badan berkanun/syarikat GLC/Berhad/Sdn Bhd/Enterprise, hanya kakitangan kerajaan Gred 41 ke bawah dengan kebenaran Ketua Jabatan & pekerja dari syarikat swasta dengan surat pengesahan majikan (berpendapatan B40 ke bawah) sahaja layak memohon.
- Usahawan menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak (berpendapatan B40 dan ke bawah).
- Usahawan menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
- Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang.
Cara Memohon
Pemohon yang ingin memohon Pinjaman Tabung Usahawan ini boleh membuat permohonan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Mendapatkan borang permohonan di Pejabat Yayasan Perak/Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial)/Pejabat ADUN/Pejabat Daerah/Pejabat Penghulu/laman web Yayasan Perak.
- Untuk melalui laman web Yayasan Perak, sila layari pautan berikut http://yayasanperak.gov.my/v5/muat-turun/.
- Klik bahagian ‘Muat Turun’ di Borang Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak.
- Muat turun borang permohonan tersebut.
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen yang perlu disediakan.
- Sila hantar borang permohonan dan dokumen yang disediakan kepada Yayasan Perak.
Dokumen Yang Perlu Disediakan
Dokumen yang perlu disediakan dan dihantar bersama borang permohonan iaitu:
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon 3 keping dan tanggungan/waris) yang telah disahkan.
- Salinan Surat Perjanjian/Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah dan sebagainya yang telah disahkan.
- Salinan Daftar Niaga (SSM)/Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah disahkan.
- Lakaran Lokasi Perniagaan yang sah.
- Salinan Penyata Bank terkini bagi 3 Bulan yang telah disahkan.
- Dokumen Tambahan Penjamin (Semak Lampiran Butiran Penjamin) Kad Pengenalan- 3 keping/Slip Gaji 3 Bulan Terkini yang telah disahkan.
- Sebutharga barangan yang hendak dibeli dari pembekal yang sah.
- Perlu pengesahan pendapatan pemohon dari Penghulu.
- Salinan kad suntikan (bagi perniagaan makanan) yang telah disahkan.
Untuk makluman, salinan dokumen hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penghulu/ MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung).
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Yayasan Perak ditalian 05-255 2929 atau berkunjung ke pejabat Yayasan Perak di alamat:
Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak),
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Artikel lain: Ramadhan, Bulan Terbaik Untuk Menjaga Kesihatan