Permohonan Program RMR Perakku Prihatin B40
Golongan B40 di Negeri Perak yang masih belum mempunyai rumah sendiri, Yayasan Perak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu program iaitu Program RMR Perakku Prihatin.
Matlamat utama Program RMR Perakku Prihatin ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan B40 memiliki rumah pertama.
Isi Kandungan
Ansuran Bulanan
Bagi pemohon yang layak, ansuran bulanan yang dikenakan adalah serendah RM210 sebulan dengan keluasan rumah 1,000 kaki persegi.
Reka bentuk rumah yang ditwarkan pula adalah reka bentuk rumah yang terkini.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
- Tanah atau tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian atau bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
- Pemohon hendaklah anak kelahiran Perak atau bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak.
Syarat Tambahan
Selain syarat kelayakan, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat tambahan seperti berikut:
- Pemohon perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
- Pemohon perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
- SPNB atau Yayasan Perak berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon Program RMR Perakku Prihatin
Untuk membuat permohonan, pemohon dikehendaki mengikuti langkah-langkah berikut:
- Pemohon perlu mendapatkan borang permohonan di Yayasan Perak atau muat turun melalui pautan https://tinyurl.com/4znttk2c.
- Bagi pemohon yang tidak mempunyai tanah sendiri dan memerlukan kebenaran tuan tanah, sila muat turun akuan kebenaran melalui pautan berikut https://tinyurl.com/ze83yn3k.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
Syarikat Perumahan Negara Berhad,
No. 9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6,
Medan Meru Bestari,
30200 Ipoh, Perak.
atau
Yayasan Perak,
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak
No.111 Jalan Sultan Idris Shah
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Baca Juga: Permohonan Kemasukan Atlet UiTM 2021/2022
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan pasangan (jika Berkenaan)
- Salinan Kad Pengenalan Tuan Punya Tanah
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon kedua (Jika Berkaitan)
- Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru
- Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah
- Salinan slip gaji (3 bulan terkini)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan bagi pemohon/pemohon kedua
- Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang.
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan punya tanah
- Salinan sijil nikah pemohon, cerai @ meninggal dunia
- Borang Laporan Tapak Bergambar
Pertanyaan Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Program RMR Perakku Prihatin, sila hubungi pihak SPNB di talian 05-526 3876/4188 atau Yayasan Perak di talian 05-255 2929.