Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Dibuka Untuk Golongan B40 (TEDUH)
Permohonan Rumah Mampu Milik dibawah Program Perumahan Rakyat merupakan satu program yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk membuat penempatan semula penduduk setinggan dan seterusnya memenuhi keperluan tempat kediaman bagi mereka yang berpendapatan rendah.
Agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh negara adalah Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Isi Kandungan
Apakah Kategori PPR?
PPR dibahagi kepada 2 kategori iaitu:
- PPR Disewa
- PPR Dimiliki
Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).
Selain PPR ini, anda semua juga boleh memohon beberapa lagi skim perumahan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti Rumah Mesra Rakyat , Rumah Perakku dan banyak lagi
Cara Membuat Permohonan Rumah Mampu Milik 2021
Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu kalangan masyarakat terutama golongan B40 untuk mempunyai Rumah Mampu Milik pada tahun 2021.
TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.
APa Syarat Dan Kelayakan PPR?
1. Skim PPR Disewa
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
2. Skim PPR Dimiliki
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
3. Skim PRIMA
- Warganegara Malaysia
- Bujang / Berkahwin atau Berumur 21 tahun ke atas
- Prima ada pembelian rumah Pertama atau Kedua
- Pendapatan isi rumah RM15,000 ke bawah
Cara-Cara Memohon PPR
1. Daftar Akaun Pemohon
- Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
- https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
- pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.
2. Pergi Ke Emel Untuk Pengesahan
- Pastikan e-mail yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
- Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
- Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.
Setelah klik pautan berwarna biru, pemohon di minta untuk masukkan password. Pastikan password yang diisi harus diinga.
Ingat! Setelah klik pautan berwarna biru, pemohon di minta untuk masukkan password. Pastikan password yang diisi harus diingat.
3. PIlih Skim PPR Anda
- Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA/SKIM PPR DIMILIKI/MYHOME.
- Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik “pilih skim yang di inginkan”.
- Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
- Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.
4. Lampirkan Dokumen Sokongan
- Seterusnya, pemohon klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
- Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.
5. Membuat Pengesahan
- Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
- Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu ke step seterusnya.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8891 4475, atau rujuk Jabatan Perumahan Negara.
Kenapa PPR Ini Diperkenalkan?
Program Perumahan Rakyat (PPR) ini diperkenalkan adalah untuk membantu rakyat khususnya mereka yang dari golongan B40 mendapat penempatan yang sesuai dan selesa. Program ini juga adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan jurang kemiskinan rakyat di Malaysia.