Rumah Perakku Permohonan Rumah Mampu Milik Serendah RM70,000
Isi Kandungan
Rumah Perakku: Rumah Mampu Milik Serendah RM70,000
Permohonan bagi Rumah Perak telah dibuka. Rumah Perakku adalah sebuah projek perumahan yang dibangun dan dikawal selia oleh LPHP untuk rakyat negeri Perak Darul Ridzuan. Rumah kos rendah ditawarkan pada harga bermula RM70,000 bagi kawasan daerah dan RM90,000 untuk kawasan bandar.
Bagi kategori rumah kos sederhana pula, ia ditawarkan bermula RM150,000 untuk kawasan daerah dan RM180,000 bagi kawasan bandar. Rumah mampu milik pula dijual pada harga RM250,000 ke bawah.
Harga Rumah Perakku
Rumah Kos Rendah
- Zon A – RM90,000 ke bawah
- Zon B – RM70,000 ke bawah
Rumah Kos Sederhana
- Zon A – RM90,001 – RM180,000
- Zon B – RM70,001 – RM140,000
Rumah Perakku Mesra Milik
- Zon A – RM180,001 – RM250,000
- Zon B – RM140,001 – RM240,000
Kelayakan Permohonan
Antara syarat – syarat yang telah ditetapkan oleh LPHP adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,860 sebulan (Kos Rendah RM90,000 dan ke bawah)
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,861 hingga RM7,000 sebulan (Kos Sederhana RM90,001 hingga RM180,000)
- Pendapatan terbuka : (Mampu Milik RM140,001 hingga RM250,000
Cara Pendaftaran
Pendaftaran projek Rumah Perakku boleh dibuat secara atas talian melalui laman web berikut: http://lphp.perak.gov.my/pendaftaranbaru_lprumah.php
Sila isikan maklumat dan borang permohonan dengan lengkap.
Untuk melihat senarai projek perumahan yang ditawarkan, sila rujuk di pautan ini: http://lphp.perak.gov.my/projek_perakku.php
Dokumen Sokongan
Antara senarai dokumen yang diperlukan bagi melengkapkan permohonan ialah:
- Salinan kad pengenalan terbaru pemohon dan isteri/ suami.
- Salinan sijil nikah/ daftar perkahwinan.
- Salinan sijil kelahiran/ kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan.
- Salinan sijil kematian/ penceraian sekiranya pemohon berstatus Balu/Duda/Janda.
- Salinan slip gaji terkini bagi tiga (3) bulan berturut-turut dan penyata Kumpulan Wangs Simpanan Pekerja (KWSP) pemohon dan isteri/ suami.
- Salinan surat CCRIS dan CTOS (Jika Ada)
- Surat pengesahan dan Perakuan Pendapatan Bulanan pemohon dan isteri/ suami dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)/ Penghulu/ Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
- Sekeping gambar warna berukuran pasport (terbaru).
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan projek terkini, sila rujuk laman web Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) di http://lphp.perak.gov.my/
ATAU
- Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak
Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak. - Tel : 05-209 5000
- Fax : 05-253 0001
Artikel lain: Kursus E-Pembelajaran Sektor Awam