Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Rumah PPR : Hanya RM124 Sebulan

Permohonan Rumah PPR : Hanya RM124 Sebulan telahpun diumumkan dan dibuka untuk golongan yang layak.

Isi Kandungan

Apakah Program Perumahan Rakyat (PPR)?

Program Perumahan Rakyat atau PPR adalah satu bentuk program oleh kerajaan Malaysia bagi penempatan semula setinggan bagi mereka yang layak dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan B40 yang berpendapatan rendah. Agensi pelaksana utama bagi projek PPR di seluruh negara adalah Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Semua rumah yang dibina di bawah program PPR menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).

Rumah PPR terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

  • PPR Dimiliki
  • PPR Disewa

Rumah PPR Disewa

Program Rumah PPR Disewa ini telah pun diperkenalkan pada bulan Februari tahun 2002. Program ini antara lainnya bertujuan untuk membolehkan golongan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah dan setinggan dapat menyewa rumah PPR pada kadar rendah iaitu sebanyak RM124 sebulan.

Nota: Kadar sewa adalah tidak termasuk kos penyelenggaraan rumah.

Permohonan Rumah PPR
Sumber gambar BERNAMA

Ciri-Ciri Rumah PPR

Rumah PPR adalah mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:

  • Kawasan bandar : Jenis rumah bertingkat (antara 5 hingga 25 tingkat)
  • Kawasan pinggir bandar : Kediaman bertanah (rumah teres)
  • Keluasan : 700 kaki persegi
  • Binaan : 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air, Ruang Tamu dan Ruang Dapur

Kemudahan Asas Rumah PPR

Antara kemudahan asas yang boleh didapati di kawasan PPR adalah:

  • Surau atau ruang solat
  • Kemudahan untuk OKU
  • Dewan Komuniti atau Ruang Orang Ramai
  • Gerai Makan atau Ruang Niaga
  • Tadika
  • Taman Permainan atau Kawasan Lapang
  • Tempat / Rumah Sampah

Syarat Permohonan Rumah PPR Disewa

Untuk membuat permohonan rumah PPR, berikut adalah syarat-syarat kelayakan:

  1. Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  4. Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri kawasan PPR terlibat

Kaedah Permohonan Rumah PPR

Permohonan Rumah PPR boleh dibuat secara dua kaedah iaitu:

  • Secara manual : Sila hubungi SUK Perumahan Negeri di negeri masing-masing untuk membuat permohonan
  • Secara atas talian: Boleh melalui Sistem Pengurusan Rumah Negara (SPRN) melalui laman sesawang https://sprn.kpkt.gov.my

Nota: Anda boleh baca panduan SPRN di pautan Permohonan PPR 2021 DI SINI

Pautan Maklumat Permohonan PPR / SUK Perumahan Negeri

  1. Johor
  2. Kedah
  3. Kelantan
  4. Kuala Lumpur
  5. Melaka
  6. Negeri Sembilan
  7. Pahang
  8. Perak
  9. Perlis
  10. Pulau Pinang
  11. Sabah
  12. Sarawak
  13. Selangor
  14. Terengganu
  15. Wilayah Persekutuan Labuan

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi:

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya

No. Telefon     : 603-8891 4410 (Bahagian Perancangan Perumahan)
No. Faksimile  : 603 – 8891 4045

ATAU

Hubungi talian HOTLINE seperti di bawah.

Permohonan Rumah PPR
Sumber Gambar Facebook KPKT Malaysia

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More