Permohonan Sistem pertukaran guru eG-Tukar Sesi Jun 2021 dan Januari 2022
Permohonan Sistem pertukaran guru (EGtukar) bagi modul pertukaran guru sepanjang tahun 2021 di seluruh negeri Malaysia kini dibuka kepada capaian permohonan untuk guru-guru yang mahu membuat pertukaran ke negeri atau daerah pilihan.
Proses pertukaran guru melalui modul e-GTukar bagi tahun 2021 akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu sesi Jun 2021 dan sesi Januari 2022 dengan sekali permohonan sahaja
Selari dengan kemajuan teknologi, permohonan pertukaran guru hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja iaitu melalui sistem EGtukar. Tiada permohonan secara manual dan semua permohonan perlulah dibuat pada tarikh yang ditetapkan sahaja.
Isi Kandungan
Permohonan E-GTUKAR Tahun 2021 Modul Pertukaran Guru KPM
Permohonan pertukaran guru yang terlibat bagi tahun 2021 Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah Dan Dalam Daerah adalah untuk pegawai perkhidmatan pendidikan gred seperti berikut
Gred Pegawai Perkhidmatan Pendidikan:
DG29 | DG32 (KUP TIME-BASED) | DG34 (KUP TIME-BASED) | DG38 (KUP TIME-BASED) |
DG41 | DG42 | DG44 (KUP TIME-BASED) | DG48 (KUP TIME-BASED) |
DG48 (KUP TIME-BASED) | DG54 (KUP TIME-BASED) |
Tarikh Permohonan E-GTUKAR 2021
- Dibuka: 15 Februari 2021
- Ditutup: 28 Mac 2021
Pastikan maklumat guru dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-Operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah sebelum mengemukakan permohonan pertukaran bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal.
Cara Mohon E-GTUKAR
- Permohonan Online : Sistem Aplikasi EGtukar | Permohonan Pertukaran Guru 2021
Panduan:
Bagi yang pertama kali menggunakan sistem pertukaran guru secara online perlu mendaftar terlebih dahulu (Sign Up) menerusi judul pautan di bawah bagi membolehkan sistem tersebut dapat diakses sepenuhnya
- Dapatkan ID Pengguna Dan Kata Laluan
- Panduan Pengguna e-Gtukar Modul Pertukaran Guru
- Surat Siaran Pertukaran Guru Tahun 2021
- Jawapan Kepada Soalan Yang Sering Di Tanya (FAQ)
Pemohon perlu menggunakan sistem lampu isyarat bagi mendapatkan maklumat kekosongan jawatan dan Opsyen di negeri pilihan menerusi judul pautan di bawah sebelum membuat sebarang pengesahan permohonan
Sistem lampu isyarat itu adalah sebagai petunjuk. Sekiranya lampu isyarat itu berwarna hijau ia menunjukkan terdapat kekosongan perjawatan dan sebaliknya, seandainya berwarna merah
Sebagai makluman, permohonan hanya akan dilayan sekiranya ada kekosongan mengikut opsyen dan antara sebab permohonan tidak dilayan adalah kerana tiada kekosongan di tempat yang dipohon, jadi manfaatkan sistem lampu isyarat tersebut supaya permohonan bertepatan dengan kekosongan yang ada
Bermula bulan Jun tahun 2015 kelulusan pertukaran guru antara negeri dibuat dengan menggunakan sistem lampu isyarat tersebut serta syarat keutamaan lain yang ditetapkan
Bersandarkan sistem itu juga, keputusan kelulusan permohonan guru untuk bertukar ke negeri-negeri pilihan mereka dibuat berdasarkan satu kekosongan bagi satu opsyen
Syarat Umum Permohonan Sistem pertukaran guru
1.Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan
2. Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan
3. KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
Guru Yang Tidak Layak Memohon Pertukaran
- Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
- Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
- Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
- Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
- Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
- Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
Kriteria Layak Lulus Bertukar Negeri yang Dipohon
- Kepentingan Perkhidmatan
- Kekosongan Jawatan
- Keperluan Opsyen di Negeri yang Dimoho
Sesi Permohonan EgTukar Guru
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan operasi pertukaran guru tiga kali setahun iaiu Januari, April dan September
Bermula tahun 2018, KPM akan melaksanakan operasi pertukaran guru sebanyak dua kali setahun dengan sekali permohonan sahaja iaitu pada sesi Jun tahun semasa dan sesi Januari tahun hadapan.
Tiada permohonan luar talian/ ‘Off line’ atau secara manual bagi pertukaran guru bermula tahun 2018. Semua permohonan pertukaran adalah melalui dalam talian/ online melalui Modul e-Gtukar
Isu Pertukaran Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjelaskan bahawa pertukaran dan penempatan guru ke sekolah di seluruh negara adalah berdasarkan kepada Kepentingan-kepentingan Perkhidmatan.
Prinsip yang digunakan KPM dalam melaksanakan proses Penempatan dan Pertukaran guru adalah berdasarkan kepada lebihan guru, kekurangan pengisian perjawatan guru dan keperluan opsyen di sesebuah negeri. Diharapkan juga agar JPN sentaia menbeli peluang kepada yang mempunyai masalah untuk mempercepatkan proses pertukaran.
|
Bermaksud terdapat lebihan pengisian guru di sesebuah negeri jika dibandingkan dengan perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat |
|
Bermaksud adanya sejumlah perjawatan guru yang masih kosong dan boleh diisi jika dibandingkan dengan jumlah perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat |
|
Bermaksud guru mengajar berdasarkan kepada bidang pengkhususan mereka |
Harapan Kami
Selamat membuat permohonan e-Gtukar online buat semua guru yang memohon. Moga permohonan anda berjaya diluluskan dan terus cemerlang ditempat baharu. Semoga artikel berkenaan dengan Sistem pengurusan guru (EGtukar) ini memberi manfaat kepada semua guru khususnya.