Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Skim Peduli Kesihatan B40

Isi Kandungan

SKIM PEDULI KESIHATAN UNTUK KUMPULAN B40 (PeKa B40)

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan satu inisiatif baru iaitu Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40). Permohonan PeKa ini adalah bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Konsep PeKa B40

Skim Peduli Kesihatan B40 ini dibangunkan berkonsep:

  • Bermula sebagai projek perintis dan dianggarkan dapat menampung 800,000 penerima sebagai permulaan.
  • Ianya adalah percuma kepada penerima PeKa B40.
  • Ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah berdasarkan kriteria berikut:
    • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar.
    • Berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Penyertaan adalah secara automatik dan tiada pendaftaran diperlukan.

Faktor Kewujudan PeKa B40

skim

Skim Peduli Kesihatan diwujudkan atas beberapa fakta yang berkaitan dengan golongan B40 seperti berikut:

  • Beban Penyakit Tidak Berjangkit
    • 47.6% kumpulan B40 berumur 40 tahun dan ke atas menghidapi sekurang – kurangnya satu (1) penyakit tidak berjangkit yang belum didiagnosis.
  • Kesihatan Mental
    • 3 daripada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental. Kumpulan B40 mencatat kadar yang lebih tinggi, iaitu 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40.
  • Beban Kanser
    • Kes kanser semakin meningkat. Lebih membimbangkan lagi apabila 60% dikesan pada peringkat lewat, di mana peluang untuk sembuh adalah lebih rendah
  • Rawatan Kanser
    • Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser dan hanya kembali semula ke hospital apabila sudah tenat. Ini menipiskan peluang sembuh dan meningkatkan kos rawatan.
  • Kos Alat Perubatan
    • Walaupun rawatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi subsidi yang tinggi daripada Kerajaan, sebahagian kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit seperti kos untuk perentak jantung, implan untuk tulang belakang, dan sebagainya. Ini menambah beban kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
  • Masalah Pengangkutan
    • Ramai pesakit yang kurang berkemampuan, terutamanya di kawasan pedalaman, tidak meneruskan rawatan akibat kekangan kewangan untuk membayar tambang pengangkutan.

Klinik PeKa B40

Antara klinik – klinik yang tersenarai dalam Skim Peduli Kesihatan B40 adalah seperti berikut:

  1. 17th Miles Family Clinic, Siburan, Sarawak
  2. A Klinik, Jelutong, Penang
  3. Ali Klinik, Batu Gajah, Perak
  4. Aman Putri Dispensary, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  5. AMC Medical Clinic, Seremban, Negeri Sembilan
  6. Amrik Clinic & Surgery Sdn Bhd, Kota Kinabalu, Sabah
  7. Annura Clinic Medical & Surgery, Kangar, Perlis
  8. Annura Clinic Medical & Surgery, Arau, Perlis
  9. APPU Clinic Sabak Bernam, Sabak Bernam, Selangor
  10. APPU Clinic Teluk Intan, Teluk Intan, Perak

dan banyak lagi klinik yang tersenarai, anda boleh melihat selebihnya disini.

Manfaat PeKa B40

Antara manfaat yang pemohon akan dapat daripada Skim Peduli Kesihatan B40 adalah seperti berikut:

  • Saringan Kesihatan

    • Penerima perlu menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1) untuk layak mendapatkan manfaat Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4).
    • Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.
    • Saringan kesihatan merangkumi:
      1. pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
      2. saringan kesihatan mental
      3. pemeriksaan fizikal
      4. pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
      5. ujian darah dan ujian air kencing
    • Spesimen darah dan air kencing akan diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian sel darah, ujian kawalan gula darah, ujian paras kolesterol, ujian fungsi buah pinggang dan ujian air kencing.
    • Penerima manfaat tidak perlu berpuasa untuk menjalani ujian-ujian tersebut.
    • Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini.
    • Sekiranya penerima memerlukan rawatan, boleh dirujuk kepada Klinik Kesihatan atau jika penerima sendiri bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan itu sendiri. Buat masa ini, skim PeKa B40 belum termasuk sebarang kos rawatan atau ubat.
  • Bantuan Alat Perubatan

    • Manfaat ini melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM.
    • Had maksimum  sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan yang dibelikan.
    • Manfaat 2 ini merangkumi alat-alat perubatan di dalam kategori berikut:
      1. Stent untuk jantung
      2. Alat sendi tiruan
      3. Alat bantuan pendengaran
      4. Perentak jantung
      5. Prostesis dan implan untuk tulang belakang
      6. Prostesis dan ortosis tulang anggota
      7. Kanta mata intraokular
      8. Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
      9. Bantuan sokongan nutrisi
      10. Kerusi roda
    • Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.
    • Manfaat ini hanya terpakai apabila penerima PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja, di mana permohonan perlu dilakukan oleh pakar-pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.
  • Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser

    • Bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, lebih-lebih lagi mereka yang di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit, untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM.
    • RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM.
    • Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.
    • Insentif dipecahkan kepada dua (2) kali bayaran bergantung kepada peringkat rawatan.
    • Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.
    • Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 perlu dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.
  • Insentif Tambang Pengangkutan
    • Bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan.
    • Penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini.
    • Had maksimum bantuan yang boleh diterima:
      • RM500 untuk Semenanjung Malaysia
      • RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan
    • Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.
    • Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat.
    • Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang Skim Peduli Kesihatan B40 ini, anda boleh rujuk kepada pautan khas PeKa B40 ini;

https://www.pekab40.com.my/bm

atau anda boleh menghantar mesej disini ,

atau anda boleh telefon pada +603 8687 2588

Artikel lain: Biasiswa ASEAN, Biasiswa Global Korea

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More