Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0
Pihak TEKUN Nasional telah meneruskan kesinambungan skim ini dengan memperkenalkan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0.
Untuk makluman, Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 adalah pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.
Program ini adalah merupakan insiatif kerajaan di bawah TEKUN Nasional untuk membantu golongan yang terjejas pendapatan akibat penularan COVID-19 dan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Melalui skim ini, pembiayaan disediakan kepada usahawan untuk tujuan berikut:
- Pembelian motosikal
- Baik pulih motosikal
- Modal pusingan
Isi Kandungan
Jumlah Pembiayaan
Menerusi Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0, jumlah pembiayaan adalah daripada RM1,000 hingga RM10,000.
Pembiayaan ini meliputi pembelian, baik pulih, motosikal dan juga modal pusingan.
Tempoh Pembiayaan Balik
Tempoh pembiayaan balik adalah daripada 1 tahun hingga 3 tahun.
Kadar keuntungan yang dikenakakan pula adalah sebanyak 4% setahun.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan untuk permohonan skim ini adalah seperti berikut:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia (Bumiputera atau India)
- Berumur 18 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
- Pemohon bukan seorang yang muflis.
- Pemohon perlu mempunyai lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
- Pemohon telah dilantik dengan sah daripada syarikat e-Hailing yang berdaftar.
- Pemohon perlu mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
- Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
- Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
- Pemohon perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan.
- Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.
Cara Memohon
Pemohon yang ingin memohon Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 perlu membuat permohonan di pejabat TEKUN Nasional yang terdekat. Senarai pejabat cawangan TEKUN Nasional di seluruh negara boleh dirujuk melalui pautan https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/.
Tempoh proses permohonan pembiayaan adalah selama 7 hari bekerja.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon perlu membawa dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan iaitu:
- Borang Pembiayaan Permohonan (muat turun Borang JPP02 atau JPP17).
- Gambar pemohon berukuran passport.
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) iaitu muka hadapan dan belakang.
- Salinan lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
- Sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
- Salinan geran motosikal yang sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
- Salinan cukai jalan motosikal yang sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
- Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal)–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
- Surat sokongan syarikat e-Hailing/bukti pendaftaran bersama syarikat e-Hailing.
- Salinan buku bank simpanan/penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir).
- Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon).
- Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.
Maklumat Lanjut
Pemohon yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 boleh melayari laman web TEKUN Nasional di https://www.tekun.gov.my.
Artikel lain: Tip Pembiayaan Pinjaman Kereta