Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023
Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023 kini dibuka buat pertama kalinya kepada orang awam yang berminat bermula 12 September 2023 hingga 31 Oktober 2023.
Seperti yang kita sedia maklum, tarikh dan Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023 kini telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan.
Oleh itu, kini pihak Lembaga Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka peluang kepada yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi Pengawas Peperiksaan SPM pada tahun ini.
Isi Kandungan
Tawaran Sukarelawan Sebagai Pengawas Peperiksaan Bagi Peperiksaan SPM Mulai Tahun 2023
Tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2023 kini dibuka.
Selaras dengan 7 langkah mengatasi beban tugas guru seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Pendidikan, pelantikan Pengawas Peperiksaan Awam bermula dengan peperiksaan SPM tahun 2023 dibuka kepada orang awam.
Inisiatif oleh Fadhlina Sidek itu adalah di antara tindakan untuk “meringankan” beban guru untuk bersama keluarga.
Bagi anda yang berumur 18 – 65 tahun dan berminat untuk menjadi Pengawas Peperiksaan SPM 2023 dijadualkan bermula 30 Januari hingga 7 Mac 2024 ini, bolehlah memohon.
Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023
Lembaga Peperiksaan (LP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan peperiksaan bertulis SPM tahun 2023 mulai 20 Januari hingga 7 Mac 2024.
Sehubungan itu, LP melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kini membuka tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan berdasarkan kriteria berikut:
- Prinsip: Tawaran ini adalah berdasarkan prinsip sukarelawan.
- Elaun: Elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam.
- Tugas: Bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan sahaja.
Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
- Pemohon adalah pesara / pelajar kolej atau universiti yang sedang dalam tempoh cuti semester sepanjang SPM berlangsung / lepasan sekolah, kolej atau universiti.
- Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah.
- Mempunyai pengangkutan sendiri.
Kategori pemohon adalah seperti berikut:
- Kategori 1 – Pesara kerajaan di bawah skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
- Kategori 2 – Pelajar institut pengajian tinggi awam, institut pengajian tinggi swasta, Institut Pendidikan Guru, lepasan asasi atau matrikulasi.
- Kategori 3 – Guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri / sekolah swasta / Maktab Rendah Sains Mara.
- Kategori 4 – Anggota kumpulan pelaksana / pekerja kontrak kerajaan.
- Kategori 5 – Kakitangan bukan kerajaan / pesara kerajaan dan swasta.
Cara Membuat Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023
- Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023 ini boleh dibuat melalui Pengarah Pendidikan Negeri atau boleh terus menggunakan pautan berikut
>>>Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023<<<
- Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.
- Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023 adalah bermula 12 September 2023 sehingga 31 Oktober 2023 sahaja.
- Pemohon yang berjaya akan dihubungi dan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
- Segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.
Tugas Pengawas Peperiksaan SPM Tahun 2023
Senarai tugas yang ditetapkan oleh pihak LP adalah seperti berikut:
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan.
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan untuk mengedar kertas peperiksaan dan atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa.
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan memungut kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif dan atau apa-apa bahan peperiksaan.
- Mengawas calon peperiksaan untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan.
- Mengawas calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung.
- Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh LP.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023 ini, sila rujuk maklumat di laman rasmi Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023 atau rujuk Surat Tawaran KPM.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.