PERMOHONAN SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR 2022 (SPZAS)
Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2022 (SPZAS) akan dibuka Januari ini!
Alhamdulillah, satu berita baik buat semua pelajar IPT samada dari dalam atau luar negara untuk memohon dana ini. Dana ini adalah secara one-off bagi setiap peringkat pelajaran.
Para pelajar boleh membuat permohonan ini bermula dari24 JANUARI sehingga 20 FEBRUARI 2022 secara dalam talian.
Jangan lupa untuk baca syarat-syarat dan cara-cara untuk buat permohonan terlebih dahulu ya.
Isi Kandungan
APAKAH SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR 2022 (SPZAS)?
SPZAS atau Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2022 adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara bagi golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.
SPZAS ini disasarkan kepada golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.
BERAPAKAH KADAR SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR 2022 (SPZAS)?
Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan sebanyak :
- RM700 (SPZAS IPT dalam negara)
- RM2,500 (SPZAS IPT luar negara)
Kadar sumbangan adalah bagi setiap peringkat pengajian seperti yang dinyatakan.
APAKAH SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SPZAS 2022?
- Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor IPT DALAM NEGARA hanya terbuka kepada pelajar semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat:
- Sijil;
- Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi;
- Diploma/Diploma Lanjutan;
- Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional;
- Ijazah Sarjana (Master);
- Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor IPT LUAR NEGARA pula hanya terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang seperti berikut :
- Bidang Pengajian Islam;
- Bidang Perubatan;
Hanya yang melanjutkan pengajian di Negara Mesir, Jordan serta Morocco diterima.
Sementara itu, bagi pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Ph.D) serta memenuhi kriteria, anda dipelawa untuk memohon Biasiswa Yangg Dipertuan Agong (BYDPA) Tahun 2022.
APAKAH KRITERIA KELAYAKAN ?
Kriteria kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:-
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Ketua keluarga/penjaga lahir ahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
- Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan hanya untuk semester kedua (IPTA/IPTS)/SKM tahap dua(ILK/ILKS) dan ke atas sahaja (Bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon).
- Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan hanya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan dan Morocco.
- Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM7,000 bagi SPZAS IPT luar negara.
BILAKAH TARIKH PERMOHONAN DIBUKA?
Para pelajar boleh membuat permohonan ini bermula :
- 24 JANUARI sehingga 20 FEBRUARI 2022
BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN?
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan :
APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?
Terdapat 11 (sebelas) dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:
- Kad Pengenalan Pemohon
- Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
- Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
- Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
- Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
- *Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)
- *Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
- Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)
- Kad OKU (Jika Berkenaan)
- Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
- Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)
Borang permohonan boleh dimuat turun di Portal Lembaga Zakat Selangor.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SUMBANGAN PENDIDIKAN ZAKAT ANAK SELANGOR 2022
Tempoh kelulusan dan bayaran sumbangan ini adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.
Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi :
- Talian Zakat Selangor : 1300-88-4343.
- Portal Lembaga Zakat Selangor.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para pelajar khususnya para pelajar yang memenuhi kriteria kelayakan untuk memohon sumbangan pendidikan zakat ini.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini ya! Sebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan untuk manfaat bersama.