Permohonan Tauliah Mengajar Di Selangor 2023
Tauliah mengajar di Selangor bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipohon. Tauliah itu diperlukan bagi ustaz atau ustazah mengajar di dalam kawasan negeri Selangor. Kebanyakan pelajar lepasan agama dalam negara atau luar seperti Mesir juga memerlukan tauliah ini. Tempat mengajar seperti masjid, surau, menyampaikan tazkirah dan sebagainya memerlukan sijil tauliah yang sah dari Jabatan Agama Islam Selangor.
Isi Kandungan
Apa Itu Tauliah Mengajar?
Tauliah mengajar di Selangor (agama Islam) ialah suatu perlantikan untuk mengajar atau memberi kuliah berkaitan agama Islam di Selangor, Malaysia. Ia diperlukan bagi sesiapa yang ingin mengajar ilmu Islam di Selangor bagi memastikan dakwah yang disampaikan betul dan mengelakkan pengembangan ajaran sesat.
Kaedah Permohonan Tauliah
- Isi borang Permohonan Tauliah Mengajar di Selangor (Bor/BD/PK(01)-01) dengan lengkap (Borang ini boleh diperolehi dari Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah di Negeri Selangor ATAU di Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor ATAU download borang permohonan di laman web JAIS iaitu http://www.jais.gov.my
- Serahkan borang tersebut kepada Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran dengan tempat tinggal pemohon.
- Pemohon akan dipanggil oleh Pejabat Agama Islam Daerah untuk sesi ujian bertulis.
- Pemohon akan dipanggil oleh Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor untuk sesi temuduga sekiranya lulus ujian bertulis.
- Keputusan sama ada pemohon layak untuk diberikan tauliah atau tidak hanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tauliah MAIS setelah pihak Jawatankuasa bersidang dan berpuas hati dengan kelayakan, memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan serta melepasi tapisan keselamatan.
- Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-55143513 (Urusetia Tauliah)
Kategori Tauliah
Tauliah ini diberikan kepada pemohon yang layak mengikut kategori tertentu. Pengeluaran tauliah ini adalah tertakluk di bawah Seksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 Pindaan 2016. Kategori Tauliah adalah terbahagi kepada 4 iaitu :
- Tauliah Berceramah
- Tauliah Mengajar Fardhu Ain
- Tauliah Mengajar Al-Quran
- Tauliah Khas (Contoh : Pengurusan Jenazah /Perbandingan Agama / Perbankan Islam / Motivasi)
Garis Panduan / Kewajipan Pemegang Tauliah
- Memberi ceramah umum mengenai apa-apa aspek Agama Islam atau mengajar Agama Islam berdasarkan al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Qias dan tidak membawa fahaman / ajaran salah.
- Berakhlak mulia dan amanah.Berakhlak mulia dan amanah.
- Menjalankan daya usaha untuk mengekalkan, memperbaiki dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan masyarakat orang Islam dan menggalakkan orang Islam meninggikan taraf hidup dan ekonomi serta menambahkan amalan dan taqwa mereka kepada Allah s.w.t.
- Tidak memfitnah saudara Islam yang lain.Tidak memfitnah saudara Islam yang lain.
- Mematuhi undang-undang Negara atau apa-apa arahan, larangan atau perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jawatan kuasa dari semasa ke semasa.
- Mendapat sokongan berceramah dari Ketua Jabatan / majikan masing-masing ; dan
- Tidak boleh menyentuh mana-mana parti politik.
Kesalahan Mengajar Tanpa Tauliah
Penceramah yang tidak memiliki tauliah mengajar di Selangor merupakan satu kesalahan. Sesiapa yang mengajar / berceramah tanpa tauliah yang ditetapkan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 Pindaan 2016 adalah melakukan sesuatu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 Pindaan 2016.
Dan jika disabitkan bersalah, boleh didenda tidak melebihi 3 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.Walaubagaimanapun Seksyen ini tidak diguna pakai bagi individu yang mengajar / berceramah di kediamannya sendiri untuk anggota keluarganya.
Tauliah Mengajar di Selangor Tahun 2023
Fasa pembukaan permohonan tauliah mengajar di Selangor akan dibuka pada:
- 24 Februari 2023 (memperbaharui tauliah)
- 01 Mac 2023 (permohonan baharu tauliah)
Permohonan boleh dibuat melalui Perkhidmatan Digital Pengurusan Tauliah Mengajar Negeri Selangor di pautanĀ http://tauliah.jais.gov.my/.
Info Pembaharuan Tauliah Mengajar di Selangor:
- Tempoh sah laku kad tauliah selama 5 tahun sahaja.
- Permohonan Pembaharuan Tauliah mestilah dipohon 6 bulan sebelum tamat tempoh tauliah tersebut.
- Bahagian Dakwah akan menghantar surat makluman untuk pembaharuan tauliah mengajar berserta borang profile kepada pemohon. Borang tersebut hendaklah diserahkan ke Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor.
- Setiap permohonan hendaklah disertakan dokumen berikut :
- 2 keping gambar berukuran pasport
- 1 salinan kad pengenalan
- 1 salinan kad tauliah asal
Tempoh Sah Tauliah:
- Sesuatu tauliah yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa, adalah sah selama tempoh tidak melebihi daripada 5 tahun.
- Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Tauliah mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan lebih awal tempoh tauliah tersebut.
- Pemegang tauliah perlu membuat permohonan untuk memperbaharui tauliahnya 6 bulan sebelum tarikh tamat tauliah berkenaan.
- Jika permohonan dibuat selepas tarikh tauliahnya tamat, permohonan itu adalah dianggap sebagai permohonan baru.
Info Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai tauliah mengajar di Selangor, sila hubungi talian 03-55143513 (Urusetia Tauliah) atau boleh terus ke laman rasmi SISTEM TAULIAH JAIS atau terus ke pejabat Jais di alamat berikut:
- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Bangunan Sultan Idris Shah, No 2 Persiaran Masjid, 40676 Shah Alam Selangor.
- Tel: 03-5514 3600/3400