Permohonan Temu Janji Online Pejabat Pos Bermula 8 Ogos 2021
Permohonan Temu Janji Online Pejabat Pos Bermula 8 Ogos 2021 sudah pasti ditunggu ramai orang untuk memperbaharui lesen memandu dan Roadtax setelah urusan JPJ di pejabat pos diberhentikan buat sementara waktu disebabkan kawalan pergerakan pandemik covid-19. Bermula 8 ogos ini anda bolehlah membuka website pos Malaysia dan mula mendaftar masuk akaun dan boleh mula mengisi maklumat yang diperlukan sebelum membuat pembayaran online.
Jika dahulu anda boleh terus pergi ke pejabat pos untuk urusan memperbaharui lesen dan roadtax, namun dengan keadaan semasa ini anda perlu mendaftar secara online kemudian membuat janji temu yang bermula 9 ogos untuk mengambil lesen yang baharu. Hal ini bertujuan mengelakkan kesesakan dan mencetuskan kluster baharu. Disini kami kongsikan serba sedikit maklumat untuk mengisi secara online.
Isi Kandungan
Cara Membuat Tempahan Temu Janji Online Di Pejabat Pos
Anda perlu mengikut step seperti arahan berikut untuk Permohonan Temu Janji Online Pejabat Pos Bermula 8 Ogos 2021 bagi memudahkan urusan anda berjalan lancar.
Langkah Pertama: Layari laman web Pos Malaysia atau aplikasi POS Malaysia seperti dipaparkan dibawah ini:
Langkah seterusnya, sesudah melayari website pos Malaysia, pastikan anda memilih menu Outlet Finder kemudian Pilih Negeri dan cawangan Pejabat Pos yang terdekat dengan anda. Kemudianya, Klik link Temujanji Online dan bolehlah Isikan butiran temujanji. Apabila selesai mengisi segala maklumat, anda perlulah screenshot slip temujanji sebagai bukti ketika hadir di Pejabat Pos.
Sop Semasa Menghadiri Temu Janji
Sesuai dengan keadaan yang masih berhadapan dengan pandemik covid-19, pihak pejabat pos mengehadkan jumlah pengunjung yang boleh berurusan di Pejabat pos. Walaupun agak lama dan perlu menunggu masa untuk mendapatkan tarikh temu janji, namun itulah apa yang kita perlu hadapi sekarang ini.
Cara Menjaga Keselamatan Anda
Apabila sudah mendapat tarikh untuk membuat urusan JPJ di pejabat pos pastikan anda mengutamakan keselamatan diri seperti berikut bagi mengelakkan jangkitan virus ini:
- Pakai Mask yang betul dan digalakkan pakai double Mask
- Jaga jarak satu Meter
- hand sanitizer dan scan mySejahtera
- Elakkan bersentuh dengan orang lain.
Tips: Apabila anda berada dalam situasi berhadapan dengan orang ramai dan khuatir terdedah pada jangkitan boleh cuba periksa keadaan sendiri sama ada mempunyai simptom-simptom ini.
Kenapa Perlu Membuat Temu Janji Online?
Bermula dengan norma baharu ini, kita perlu lebih peka dengan berita semasa. Jika dahulu lebih senang berurusan secara depan-depan tanpa membuat temu janji seperti berurusan di Bank, JPJ, pembayaran cukai hasil namun kini anda perlu lebih peka untuk menyelesaikan urusan ini secara online. Pastikan kita tidak terlepas info penting dalam urusan penting sedemikian untuk mengelakkan bayaran denda. Sebagai contoh, jika anda lewat memperbaharui lesen anda, anda bukan sahaja dikenakan denda malah jika lewat dalam tempoh tertentu anda perlu mengambil lesen memandu semula. Pihak JPJ memberi kelonggaran sebelum ini kepada mereka yang tamat tempoh pada bulan jun dan julai untuk renew lesen bermula ogos ini.
Sudah semestinya bila arahan dikeluarkan kita perlu menjelaskan bayaran yang sepatutnya dengan cara yang betul. Sebelum ini urusan temu janji online jarang dibuat kerana dahulu boleh pergi mana-mana cawangan pejabat pos atau jpj dan mencuba nasib. Kalau ramai orang harus menunggu lama, atau pergi kemudian hari. Namun tidak lagi kini. Hal ini kerana pejabat pos juga perlu memendekkan waktu bekerja mereka dan juga had orang ramai yang berurusan disana. Kita tidak tahu keadaan ini akan berterusan sampai bila namun apa yang boleh dikatakan temu janji ini juga memberi faedah kepada anda kerana hanya duduk dirumah, masuk ke laman web pejabat pos dan apabila dapat tarikh dan masa terus selesaikan urusan tanpa membuang masa.
Jelaskah Anda Tentang Pendaftaran Online ini?
Semoga perkongsian Permohonan Temu Janji Online Pejabat Pos Bermula 8 Ogos 2021 mampu membantu anda melakukan urusan JPJ di pejabat pos. Mula-mula mungkin anda tidak biasa untuk berurusan secara online namun lama-kelamaan pasti anda akan lebih terbiasa. Apabila mendapat tarikh temu janji pastikan anda mematuhi peraturan yang ditetapkan dan jangan lalai dalam menjaga keselamatan diri. Selain itu pastikan anda sudah membuat senarai urusan apa yang perlu diselesaikan di Pejabat pos bagi mengelakkan anda membuang masa ke pejabat pos berulang kali. Selamat berurusan.
Untuk mkluman semua, selain daripada temujanji dengan poslaju ini, anda juga boleh buat temujanji dengan tempat lain seperti e-Janji Temu LHDN bagi Rayuan BPRdan juga membuat Temujanji dan Borang Transaksi Tabung Haji Online. Ini selari dengan zaman sekarang yang sememangnya boleh dibuat secara online sahaja.