Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERMOHONAN TUNS/TUNS PLUS 2022 – GERAN BANTUAN UNTUK USAHAWAN

Permohonan TUNS/TUNS Plus 2022 iaitu permohonan skim geran bantuan untuk usahawan Negeri Sembilan kini dibuka untuk permohonan.

Untuk makluman para usahawan, dua skim geran bantuan akan dibuka mulai 1 Februari 2022.

Inisiatif-inisiatif ini secara tidak langsung akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negeri secara amnya.

Sementara itu, bagi anda yang terjejas seperti diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, menganggur serta suri rumah, anda boleh memohon Program SIP GIG PERKESO 2022 : Insentif RM600 sehingga RM800 sebulan selama 6 bulan.

TUNS/TUNS PLUS 2022

Isi Kandungan

APAKAH ITU TUNS/TUNS PLUS 2022?

1) TUNS – TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI SEMBILAN

TUNS atau Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan adalah Geran Bantuan RM3,000 Untuk Usahawan Kecil. Bantuan pembiayaan secara geran yang berjumlah RM3,000.00 ini disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan.

Belanjawan Negeri Sembilan 2022 bertemakan ‘Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat’ telah diluluskan untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun ke-empat iaitu tahun 2022 dengan peruntukan berjumlah RM3 juta.

TUNS dijangka akan memberi manafaat kepada 1,000 usahawan mikro di Negeri Sembilan pada tahun 2022 ini.

Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini.

Di samping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya.

TUNS/TUNS Plus 2022

BILAKAH TARIKH PERMOHONAN TUNS 2022 DIBUKA?

Tarikh permohonan TUNS 2022 dibuka pada :

  • 1 Februari – 28 Februari 2022

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN TUNS 2022?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut :

Kaedah permohonan TUNS adalah sepenuhnya secara atas talian (online) yang bertujuan bagi memudahkan memudahkan lagi proses permohonan, proses semakan dan pemantauan status permohonan oleh para pemohon tanpa perlu hadir ke pejabat Urus Setia TUNS.

2) TUNS PLUS – TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI SEMBILAN PLUS

TUNS PLUS atau Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus adalah Geran Bantuan Pinjaman Pembiayaan Tanpa Faedah Sehingga RM15,000 untuk usahawan kecil dengan tempoh bayaran balik maksima 5 tahun.

TUNS Plus adalah satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam menyokong pembangunan sektor keusahawanan negeri.

Dana berjumlah RM3 juta telah diperuntukan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2022.

TUNS Plus dijangka akan memberi manafaat kepada 200 usahawan mikro di Negeri Sembilan pada tahun 2022 ini.

TUNS/TUNS PLUS 2022

BILAKAH TARIKH PERMOHONAN TUNS PLUS 2022 DIBUKA?

Tarikh permohonan TUNS Plus 2022 dibuka pada :

  • 1 Mac – 31 Mac 2022.

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN TUNS 2022?

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut :

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan TUNS/TUNS PLUS 2022, sila hubungi :

  • EN. Shah Johan Bin Md Sallehudin,
    Bahagian Pembangunan Usahawan,
    Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS),
    Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan,
    70710 Seremban, Negeri Sembilan.
  • Tel : +606-761 6871.
  • Faks : +606-762 6291.
  • Website : Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan.

Akhir kata, semoga inisiatif Kerjaan Negeri Sembilan ini secara tidak langsung akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negeri secara amnya.

Dengan TUNS/TUNS Plus 2022 pastinya ebih ramai usahawan baru yang akan mula berjinak dengan dunia keusahawanan. Tambahan lagi, bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More