Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan UPU 2020 Dilanjutkan

Permohonan UPU 2020 Dilanjutkan telah diumumkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia telah dilanjutkan kepada 14 April 2020.  Ini mendatangkan kebimbangan kepada  pemohon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM) yang masih lagi belum membuat permohonan UPU kerana tarikh tutup permohonan yang telah ditetapkan sebelum ini adalah pada 7 April 2020.

Kebimbangan ini bakal sedikit reda kerana Kementerian Pengajian Tinggi telah melanjutkan tempoh tarikh tutup permohonan kemasukan pelajar ke 20 universiti awam (UA) dan beberapa institusi pendidikan tinggi lain di bawah kementerian itu.

Isi Kandungan

Persetujuan menteri dalam melanjutkan tarikh tersebut

Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata kementerian itu bersetuju melanjutkan tarikh tutup permohonan kepada 17 April daripada 7 April sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya memahami sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, pemohon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM) sukar mendapatkan akses internet.

Beliau berkata, lanjutan tarikh tutup permohonan itu turut membabitkan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Permohonan UPU 2020 Dilanjutkan ke 16 April 

“Hari terakhir bagi pemohon membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan permohonan adalah pada 16 April ini,” katanya melalui kenyataan akhbar hari ini.

Noraini juga berkata, hebahan keputusan permohonan matrikulasi, politeknik, kolej komuniti dan ILKA dijangka akan diumumkan pada 3 Jun ini, manakala keputusan permohonan calon STPM/setaraf bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda ke UA akan diumumkan pada 18 Ogos ini,” katanya.

Portal untuk sebarang pertanyaan dan maklumat terkini

Sebarang maklumat terkini atau pertanyaan, pemohon boleh melayari laman rasmi Facebook UPU di https://www.facebook.com/UPUonlineBPKPJPT/ atau Facebook Live yang diadakan setiap hari sehingga 14 April 2020, pada jam 10 hingga 11 pagi dan 3 hingga 4 petang.

Pemohon hendaklah mengambil maklum dengan perkara ini agar tidak berlaku sebarang kesulitan di masa akan datang.  Lepasan pelajar digalakkan mengikuti sebarang berita terkini di laman rasmi kementerian pengajian tinggi bagi memastikan maklumat yang tepat dari kementerian tersebut.   Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sememangnya ini berita baik buat semua  pemohon yang masih lagi belum membuat permohonan UPU.   Sila dengan kadar segera  membuat permohonan sebelum terlewat dengan melayari melayari laman web: http://upu.moe.gov.my. Sila pastikan anda telahpun mempunyai no unik ID sebelum permohonan dilakukan.

Kebaikan kepada para pelajar

Sila gunakan peluang ini sebaiknya.  Semoga dengan berita ini sedikit sebanyak dapat memberikan kelegaan kepada pemohon UPU yang masih lagi belum membuat permohonan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More