Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TERKINI PERMOHONAN UPU ONLINE 2023/2024 – MOHON SEGERA

Permohonan UPU Online 2023/2024 telah dibuka kepada semua pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam(UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). BKPA JPT adalah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) atau lebih dikenali dengan UPU. Setiap tahun jumlah carian pada Portal Rasmi Sistem Permohonan UPU Online semakin meningkat kerana semakin ramai pelajar lepasan SPM dan STPM mengakses laman web tersebut untuk mengemaskini maklumat mereka serta memohon untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi mengikut keputusan peperiksaan masing-masing. Di samping itu, di portal ini juga pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM boleh menyemak status permohonan yang telah dibuat mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Bagi permohonan sesi akademik tahun 2023/2024, tiada pembelian nombor pin dan pelajar dikehendaki membuat permohonan terus secara atas talian.

Isi Kandungan

Tarikh Permohonan UPU Online 2023/2024

Pelajar-pelajar SPM dan STPM boleh merujuk panduan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian pada Sistem E-Panduan yang sebelum membuat Permohonan UPU Online 2023/2024. Berikut kami kongsikan pautan rasmi untuk para pelajar membuat permohonan.

https://online.mohe.gov.my/upu5/epanduan/index.php

https://online.mohe.gov.my/upu5/epanduan/index.php

  • Fasa Pertama: 7 Januari 2023 sehingga 28 Mac 2023
  • Fasa Kedua: 15 Mei 2023 sehingga 12 Jun 2023

Permohonan UPU Online 2023/2024

Syarat Am atau Kategori Permohonan UPU Online 2023/2024

Terdapat 2 kategori permohonan untuk permohonan Sesi 2023/2024 iaitu

Kategori 1: Permohonan Lepasan SPM

Kategori 2: Permohonan Lepasan STPM/Setaraf

  • Kategori Lepasan SPM
    • SPM 2022
    • SPM 2021 & SPM
  • STPM 2022
  • Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / ASASIpintar UKM / Asasi UiTM Sesi Akademik 2022 / 2023
  • STAM 2022 & 2021
  • Diploma / Setaraf
    • Diploma UA / Politeknik
    • DKM / DLKM / DVM/ Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma
    • Kelayakan Setaraf Seperti A-Level / IB / AUSMAT / SAM/ CPU / Sekolah Sukan
    • STPM, Matrikulasi KPM / Asasi , STAM (Bukan tahun semasa)

Selain itu, syarat Am untuk permohonan pula anda boleh rujuk pada gambar di bawah.

Permohonan UPU Online 2023/2024

Permohonan UPU Online 2023/2024

Dibawah admin sertakan link Permohonan untuk anda terus membuat permohonan. Sila tekan link permohonan dibawah

>>>Link permohonan 

Tips Memilih Program

Disini admin menyatakan sedikit tips kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM untuk memilih program ketika membuat Permohonan UPU Online. Antara tipsnya ialah

  1. Pelajar mestilah melepasi syarat am dan syarat khas program yang telah ditetapkan oleh institusi/agensi.
  2. Pelajar mestilah memilih program yang minat.
  3. Pelajar mestilah membuat pemilihan program mengikut keutamaan.
  4. Pelajar boleh membuat pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.
  5. Rujuk kaunselor jika buntu dan tidak tahu untuk memilih program yang bersesuaian dengan diri pelajar.

Anda perlu ingat anda sedang bersaing untuk mendapatkan tempat di UA/IPTA. Terlalu ramai persaingan anda dan jika anda membuat pemilihan yang salah ianya berkemungkinan anda akan GAGAL untuk mendapat tempat dalam permohonan. Selain itu, ramai juga pelajar yang GAGAL dalam permohonan UPU Online disebabkan salah strategi semasa menyusun pilihan program pengajian.

Panduan Permohonan UPU Online 2023/2024

Berikut adalah panduan permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada pelajar yang ingin membuat permohonan:

  1. Layari portal rasmi UPU Online
  2. Pastikan kategori anda betul
  3. Semak syarat kelayakan dahulu di Sistem e-Panduan sebelum membuat permohonan
  4. Membuat kiraan merit dahulu sebelum membuat permohonan
  5. Semak trend permohonan dan penawaran
  6. Semak laluan kerjaya
  7. Isi permohonan UPU Online
  8. Pastikan mengisi SEMUA maklumat yang bertanda (*) dengan lengkap
  9. Pilih pilihan program mengikut keutamaan
  10. Lengkapkan borang permohonan
  11. Klik butang “SIMPAN”
  12. Cetak slip permohonan
  13. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat jika diperlukan untuk kegunaan akan datang
Anda perlu membuat setiap permohonan dengan klik ‘Sah & Hantar’ dan pastikan slip permohonan dipaparkan dan dicetak/disimpan sebagai rujukan. Pastikan slip permohonan tersebut adalah lengkap dengan maklumat permohonan. Semak dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR!

Apakah info tentang Permohonan UPU Online 2023/2024 ini bermanfaat dan membantu anda?

Jika ianya membantu, kami sangat mengharapkan jasa baik anda untuk memperluaskan info ini kepada orang terdekat juga. Semoga bermanfaat! Anda juga boleh membaca info-info pendidikan terkini seperti Bantuan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak RM200Menteri Pendidikan Baharu Yang Mesti Rakyat Tahu dan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Tahun 2023 Kini Dibuka! di portal kami untuk menambahkan info semasa pendidikan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More