Permohonan UPU Online 2024: Kemasukan Sesi Akademik 2024/2025
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut tentang info dan cara Permohonan UPU Online 2024 yang mula dibuka pada hari ini, 29 Februari 2024.
Isi Kandungan
Permohonan UPU Online 2024
Permohonan UPU Online bagi tahun 2024 mempunyai 2 Fasa, iaitu
Fasa 1 | 29 Februari 2024 (12.00 Tengah Hari) – 29 Mac 2024 (5.00 Petang) |
Fasa 2 | 29 April 2024 (12.00 Tengah Hari) – 9 Jun 2024 (5.00 Petang) |
Permohonan UPU Online 2024 boleh dibuat pada pautan berikut:
>>>Permohonan UPU Online 2024<<<
Untuk pelajar yang ingin memohon kursus (course) yang perlu menjalani temuduga, pastikan anda memohon pada Fasa 1.
Bagi permohonan kali ini, difahamkan semua institusi dibawah MARA juga boleh dipohon melalui UPU. Maka pilihan untuk pelajar pada tahun ini adalah lebih terhad. Institusi MARA adalah seperti
- IKM (Institut Kemahiran MARA).
- KM (Kolej MARA).
- KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi MARA).
- KPM (Kolej Profesional MARA).
Cara Pembelian No. Pin UPU
Pembelian No. Pin untuk permohonan UPU Online boleh dibuat dengan BSN UPUOnline dan ia boleh mula dilakukan pada 28 Februari 2024 hingga 8 Jun 2024.
Untuk makluman, harga No. Pin UPU adalah RM10.60 dan BSN akan membekalkan No. Pin berserta salinan resit pembayaran.
Cara pembelian No. Pin UPU adalah seperti berikut:
- Pembelian Secara Online (melalui No. Akaun BSN).
- Pembelian di Kaunter BSN.
- Pembelian di ATM BSN.
Penentuan Aliran Lepasan SPM
Penentuan aliran-aliran lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah seperti berikut:
Pakej STEM A | Calon mengambil semua Mata Pelajaran berikut: 1. Biologi 2. Fizik 3. Kimia 4. Matematik Tambahan |
Pakej STEM B | Calon mengambil dua (2) mata pelajaran berikut: Biologi / Fizik / Kimia dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya satu (1) mata pelajaran berikut: 1. Sains Tambahan 2. Grafik Komunikasi Teknikal 3. Asas Kelestarian 4. Pertanian 5. Sains Rumah Tangga 6. Reka Cipta 7. Sains Komputer 8. Sains Sukan 9. Pengajian Kejuruteraan Awam 10. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 11. Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik 12. Lukisan Kejuruteraan atau sekurang-kurangnya satu (1) mata pelajaran bukan elektrif STEM. |
Pakej STEM C | Calon mengambil dua (2) mata pelajaran berikut: 1. Sains Tambahan 2. Grafik Komunikasi Teknikal 3. Asas Kelestarian 4. Pertanian 5. Sains Rumah Tangga 6. Reka Cipta 7. Sains Komputer 8. Sains Sukan 9. Pengajian Kejuruteraan Awam 10. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 11. Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik 12. Lukisan Kejuruteraan atau sekurang-kurangnya satu (1) mata pelajaran berikut: 1. Produksi Reka Tanda 2. Hiasan Dalaman 3. Kerja Paip Domestik 4. Pembuatan Perabot 5. Reka Bentuk Grafik 6. Produksi Multimedia 7. Katering dan Penyajian 8. Pemprosesan Makanan 10. Rekaan dan Jahitan Pakaian 11. Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut 12. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 13. Gerontologi Asas dan Geriatik 14. Pendawaian Domestik 15. Menservis Peralatan Elektrik Domestik 16. Menservis Automobil 17. Kimpalan Arka dan Gas 18. Menservis Motosikal 19. Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara 20. Landskap dan Nurseri 21. Tanaman Makanan 22. Akuakultur dan Haiwan Rekreasi |
Pakej Sastera & Kemanusiaan | Calon yang tidak memenuhi pakej STEM A, B atau C secara automatik dimasukkan ke pakej sastera & kemanusiaan. |
Berikut adalah infografik tentang dasar dan kriteria pemilihan calon Lepasan SPM dan Lepasan STPM / Setaraf.
Kategori Permohonan
Terdapat dua (2) kategori permohonan UPU Online, iaitu
Kategori 1: Permohonan Lepasan SPM | Kategori 2: Permohonan Lepasan STPM / Setaraf |
---|---|
Kategori Lepasan SPM adalah – SPM 2023 – SPM 2022 & SPM 2021 | Kategori Lepasan STPM / Setaraf adalah – STPM 2023 – Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / ASASIpintar UKM / Asasi UiTM Sesi Akademik 2023 / 2024 – STAM 2023 & 2022 Kategori Diploma / Setaraf adalah – Diploma UA / Politeknik – DKM / DLKM / DVM/ Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma – Kelayakan Setaraf Seperti A-Level / IB / AUSMAT / SAM/ CPU / Sekolah Sukan – STPM, Matrikulasi KPM / Asasi , STAM (Bukan Tahun Semasa) |
Berikut adalah infografik tentang kategori pemohon untuk calon Lepasan SPM dan Lepasan STPM / Setaraf yang lebih terperinci.
Panduan Memilih Program
Kepada semua calon-calon yang akan membuat permohonan UPU Online bagi kemasukan sesi 2024/2025 ini sila ikut panduan dibawah sebelum memilih program atau kursus (course) yang anda inginkan.
- Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi / agensi.
- Program yang minat.
- Pilihan program mengikut keutamaan.
- Rujuk kaunselor.
- Pelbagai pilihan bidang dan institusi / agensi.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan UPU Online 2024 ini, boleh menghubungi talian 03 – 8684 2363 atau e-mel kepada [email protected].
Anda juga boleh ikuti laman sosial rasmi UPU di saluran-saluran berikut:
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Semoga perkongsian info ini bermanfaat!