Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan UPU Online 2025: Kemasukan Sesi Akademik 2025/2026

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut tentang info dan cara Permohonan UPU Online 2025 yang mula dibuka pada 10 Februari 2025.

Isi Kandungan

Permohonan UPU Online 2025

Permohonan UPU Online bagi tahun 2025 mempunyai 2 Fasa, iaitu

FasaTarikh PermohonanKategori Permohonan
110 Februari 2025 – 14 Mac 2025Lepasan SPM & STPM / Setaraf
214 April 2025 – 18 Mei 2025Program Pengajian yang tidak bertemu duga & atau ujian
Permohonan UPU Online 2025
Permohonan UPU Online 2025: Kemasukan Sesi Akademik 2025/2026 1

Permohonan UPU Online 2025 boleh dibuat pada pautan berikut:

>>>Permohonan UPU Online 2025<<<

Untuk pelajar yang ingin memohon kursus (course) yang perlu menjalani temuduga, pastikan anda memohon pada Fasa 1.

Bagi permohonan kali ini, difahamkan semua institusi dibawah MARA juga boleh dipohon melalui UPU. Maka pilihan untuk pelajar pada tahun ini adalah lebih terhad. Institusi MARA adalah seperti

  • IKM (Institut Kemahiran MARA).
  • KM (Kolej MARA).
  • KKTM (Kolej Kemahiran Tinggi MARA).
  • KPM (Kolej Profesional MARA).

Penawaran program pengajian yang dibuka bagi permohonan tahun ini adalah

  • 350 program yang disediakan untuk lepasan SPM, dan
  • 131 program ditawarkan kepada lepasan STPM / Setaraf oleh Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT.

Cara Pembelian No. Pin UPU

Pembelian No. Pin untuk Permohonan UPU Online 2025 boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada 9 Februari 2025 sebelum mengemukakan permohonan.

Untuk makluman, harga No. Pin UPU adalah RM10.60 dan BSN akan membekalkan No. Pin berserta salinan resit pembayaran.

Pembelian No. Pin UPU boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti berikut:

  1. Pembelian Secara Online (melalui No. Akaun BSN / Perbankan Internet myBSN).
  2. Pembelian di 350 Kaunter Cawangan BSN.
  3. Pembelian di 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN.
Permohonan UPU Online 2025: Kemasukan Sesi Akademik 2025/2026 2

Kategori Permohonan

Terdapat dua (2) kategori Permohonan UPU Online bagi kemasukan sesi akademik 2025/2026 ini, iaitu

Kategori Pemohon Lepasan SPM
[Sijil / Asasi / Diploma & Ijazah Sarjana Muda UiTM, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT)]
Kategori Pemohon Lepasan STPM / Setaraf
[Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Awam (UA)]
Kategori A
SPM 2024 (Tahun Semasa)
Kategori B
SPM 2023 & SPM 2022 (Bukan Tahun Semasa)
01: STPM 2024
Kategori A – Aliran Sastera
Kategori S – Aliran Sains
02: Matrikulasi / Asasi
Kategori N – Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, Asasi Sains UM, ASASIpintar UKM & Asasi UiTM
Kategori P – Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM
Kategori U – Aliran Undang-undang (KPM) Calon Asasi UiTM
Kategori K – Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM
Kategori L – Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL)
Kategori J – Aliran Kejuruteraan Calon Matrikulasi KPM
Kategori M – Aliran Asasi Sains Sosial UM
Kategori V – Aliran Asasi Teknologi Kejuruteraan Politeknik
03: STAM 2024/2023
Kategori T
04: Diploma / Setaraf
Kategori E – Kelayakan Diploma DKM / DLKM, DVM, Diploma IPTS / Luar Negara / ILKA / Lain-lain Diploma
Kategori F – Kelayakan setaraf A-Level, International Baccalaureate (IB), Sekolah Sukan, STPM*, Matrikulasi*, STAM*, AUSMAT / SAM / CPU, Foundation IPTS (*Bukan Tahun Semasa)
Kategori G – Diploma UA / Politeknik / Kolej Komuniti

Panduan Memilih Program & Panduan Permohonan

Kepada semua calon-calon yang akan membuat permohonan UPU Online bagi kemasukan sesi 2025/2026 ini sila ikut panduan dibawah sebelum memilih program atau kursus (course) yang anda inginkan.

  • Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi / agensi.
  • Program yang minat.
  • Pilihan program mengikut keutamaan.
  • Rujuk kaunselor.
  • Pelbagai pilihan bidang dan institusi / agensi.

Berikut pula adalah infografik 15 panduan permohonan yang anda boleh ikuti sebelum, semasa dan selepas membuat permohonan UPU Online, iaitu

Permohonan UPU Online 2025: Kemasukan Sesi Akademik 2025/2026 3

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan UPU Online 2025 ini, boleh menghubungi talian 03 – 8684 2363 atau e-mel kepada [email protected].

Anda juga boleh ikuti laman sosial rasmi UPU di saluran-saluran berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More