OFFICIAL PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 TCERDOTMY
PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 ini adalah bersempena dengan Hari Guru yang akan tiba pada 16 Mei 2023. Pada kali ini, Hari Guru yang akan kita sambut bertemakan tentang “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”. Tema Hari Guru 2023 ini secara rasminya telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada awal bulan Mac yang lalu.
Isi Kandungan
Objektif Pertandingan Mewarna
Pertandingan ini adalah inisiatif dari pihak TcerDotMy untuk memberi peluang kepada semua kanak-kanak untuk menonjolkan bakat dan potensi diri, meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak dalam menghasilkan karya berdasarkan kreativiti sendiri dan memberi aktivti yang bermanfaat kepada semua.
Tema Pertandingan Mewarna
Pertandingan kali ini bertemakan “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani” bersempena dengan Hari Guru yang akan kita raikan tidak lama lagi.
Konsep Tema Hari Guru 2023
Berdasarkan maklumat KPM, konsep tema Hari Guru pada tahun 2023 adalah “Membangkitkan roh dan jiwa guru” ke arah memartabatkan profesion keguruan berteraskan Falsafah Pendidikan Guru untuk pembinaan negara bangsa:.
Selain itu, tema pada kali ini juga memfokuskan kepada Kesediaan guru dalam mendudukung aspirasi Falsafah Pendidikan Guru dengan memberi penekanan kepada:
- Jati Diri dan Kenegaraan
- Roh dan Jiwa Guru
- Pengetahuan dan Kemahiran
Objektif Sambutan Hari Guru
Hari Guru disambut setiap tahun pada tarikh 16 Mei dengan objektif yang berikut:
- Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.
Syarat-syarat Pertandingan Mewarna Hari Guru 2023
- PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 ini adalah PERCUMA dan TERBUKA kepada kategori berikut iaitu dari peringkat Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah serta Para Guru Di Malaysia.
- Penggunaan PENSEL WARNA sahaja yang dibenarkan.
- Peserta dikehendaki mewarna pada kertas lukisan yang disediakan oleh pihak penganjur dan mengikut daya kreativiti masing-masing.
- Hasil lukisan adalah menjadi hak milik penganjur.
- Hanya lakaran (lukisan) yang diperoleh dari laman sesawang ini akan di nilai.
- Keputusan pengadil adalah muktamad.
- Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur pada Bulan Jun 2023
- Lukisan yang lengkap hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2023. (Sila Upload/ Muat naik di link yang disediakan)
- Ahli keluarga tidak dibenarkan untuk membantu peserta.
PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023
Pertandingan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Sila panjangkan kepada rakan-rakan anda untuk memberi peluang kepada anak-anak kita diluar sana.
Tarikh Tamat : 31 Mei 2023
Tema : Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
Peserta : Terbuka kepada semua peringkat bermula dari Tadika, sekolah rendah dan menengah serta para guru di Malaysia
Nota : Sila baca sampai habis sebelum menyertai pertandingan ini. Semoga berjaya kepada semua peserta.
Cara-Cara Penyertaan Pertandingan Mewarna Peringkat Kebangsaan 2023
- Sila download lukisan dalam ruangan artikel ini mengikut ketegori.
- Warnakan lukisan tersebut mengikut kekreatifan masing-masing bagi kategori Tadika, Sekolah Rendah dan Menengah.
- Bagi katogeri para guru hendaklah melukis dan mewarna mengikut tema yang ditetapkan.
- Upload ke FB anda dan Tag “TcerDotMy” (**Dikira Bonus).
- Hantarkan gambar lukisan anak anda di pautan yang diberikan (rujuk artikel dibawah).
- Untuk kategori Tiktok, sila upload video di Tiktok anda, follow akaun Tiktok Tcerdotmy (wajib). Kemudian wajib tag akaun tiktok tcerdotmy dan letak hashtag #contesttcerdotmy pada status video anda.
- Pemenang kategori tiktok akan di lihat dari segi views terbanyak.
Hadiah Yang Akan Ditawarkan
Berikut adalah senarai hadiah yang menarik, yang akan dimenangi mengikut kategori. Sebanyak RM2,250 berupa hadiah secara tunai akan diberikan kepada peserta yang bertuah ini.
Hadiah yang akan dimenangi mengikut kategori
KATEGORI |
SENARAI HADIAH |
6 TAHUN KE BAWAH |
|
SEKOLAH RENDAH |
|
SEKOLAH MENENGAH |
|
Pertandingan Melukis dan Mewarna Peringkat Guru Sekolah Rendah & Sekolah Menengah |
|
Kategori Khas Video berdurasi kurang dari 30s |
|
Makluman : Setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan digital dari kami dan kepada setiap pemenang akan mendapat sijil penghargaan digital dari pihak kami.
Muat Turun Lakaran (Lukisan) Mengikut Kategori
Anda perlu download salah satu daripada lukisan PERTANDINGAN MEWARNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 dibawah untuk mula mewarna.
SENARAI LUKISAN MENGIKUT KATEGORI – DOWNLOAD SEKARANG DAN MULA MEWARNA. |
|
KATEGORI |
LUKISAN DAN BAHAN |
6 TAHUN KE BAWAH |
|
SEKOLAH RENDAH |
|
SEKOLAH MENENGAH |
|
GURU SEKOLAH RENDAH & MENENGAH |
|
Cara Menghantar Lukisan Anda
Setelah para peserta berjaya menyiapkan lukisan tersebut, anda perlu menghantar lukisan tersebut di pautan dibawah. Pastikan anda telah menyemak semua syarat-syarat yang diberikan untuk mengelakkan pertandingan anda terbatal.
Cara Menghantar Lukisan
Update Terkini : Link akan diberi dalam group channel WhatsApp Community di bawah bagi memudahkan urusan.
Link WhatsApp Community Pertandingan Mewarna 2023
Nota : Setiap lukisan yang dihantar tidak boleh melebihi saiz maximum 1mb bagi setiap lukisan.
Makluman : Setiap peserta akan mendapat sijil penyertaan digital dari kami dan kepada setiap pemenang akan mendapat sijil penghargaan digital dari pihak kami.
Harapan Kami
Kami harap anak-anak sekalian dapat memberi sedikit masa untuk menyertai pertandingan ini dirumah. Perlu ingat, pertandingan ini adalah untuk memberi kegembiraan kepada semua kanak-kanak dan terima kasih kepada semua yang membantu dan menyokong pertandingan ini berlangsung.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila ajukan pertanyaan anda ke [email protected]. Semoga berjaga dan bermanfaat kepada semua.