Perubahan saat akhir: Semua 17 Sektor Pengecualian PKP mesti dari Miti
Pengecualian PKP : Putrajaya telah memutuskan pada saat-saat akhir pelaksanaan PKP penuh bahawa mana-mana perniagaan yang ingin beroperasi dalam tempoh “total lockdown” 14 hari bermula esok boleh mendapat pengecualiaan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).
Majlis Keselamatan Negara pada satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat semasa mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.
Setakat semalam, Putrajaya memberi mandat bahawa perniagaan perlu meminta izin daripada kementerian berkaitan sektor masing-masing yang bertindak sebagai pengawal selia izin PKP penuh.
Sebagai contoh, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan kenyataan awal hari ini yang mewajibkan semua komunikasi, perkhidmatan pos, perkhidmatan kurier dan penyiar (termasuk firma media dalam talian) perlu memohon izin melalui e-mel.
Ini diperlukan untuk mendapatkan surat daripada kementerian masing-masing sektor yang akan membuktikan bahawa seorang pekerja itu berada di industri yang dianggap sebagai perkhidmatan penting dan dengan itu dibenarkan melintasi sempadan daerah untuk bekerja.
Menurut MKN, Miti akan berfungsi sebagai pusat sehenti untuk mengeluarkan surat yang membolehkan perniagaan beroperasi dalam tempoh “total lockdown”.
Pun begitu, menurut MKN, Miti masih perlu mengesahkan maklumat mengenai pemohon daripada kementerian lain.
Terdapat 17 sektor yang dibenarkan untuk terus beroperasi esok – ini bagaimanapaun tanpa sebarang perubahan pada saat-saat terakhir.
Senarai 17 sektor yang dibenarkan beroperasi merangkumi makanan dan minuman, perkhidmatan kesihatan termasuk penjagaan veterinar, dan perkhidmatan keselamatan termasuk kebajikan.
Isi Kandungan
17 Sektor Pengecualian PKP
Sektor berkenaan adalah seperti berikut:
- 1. Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
- 2. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
- 3. Air
- 4. Tenaga
- 5. Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
- 6. Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
- 7. Pengangkutan melalui darat, air atau udara
- 8. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang.
- 9. Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran.
- 10. Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
- 11. Kredit komuniti (pajak gadai dan Ar-rahnu)
- 12. E-dagang dan teknologi maklumat
- 13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
- 14. Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin dan bukan tujuan pelancongan)
- 15. Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
- 16. Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
- 17. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu.
Terdapat 12 jenis kilang yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh “total lockdown” dengan tenaga kerja 60 peratus:
- 1. Aeroangkasa termasuk penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO);
- 2. Makanan dan minuman;
- 3. Bahan pembungkusan dan percetakan;
- 4. Produk penjagaan diri dan peralatan pembersih;
- 5. Penjagaan kesihatan dan perubatan, termasuk makanan tambahan; Peralatan pelindung diri (PPE), termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran;
- 6. Komponen peralatan perubatan;
- 7. Elektrik dan elektronik;
- 8. Minyak dan gas, termasuk produk petrokimia dan petrokimia;
- 9. Produk kimia;
- 10. Mesin dan peralatan;
- 11. Tekstil untuk pembuatan PPE sahaja; dan,
- 12. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengedaran bahan bakar dan pelincir.
Lima jenis lagi dibenarkan beroperasi dengan tenaga kerja 10 peratus: kenderaan dan komponen; besi dan keluli; simen; kaca; dan seramik.
Sumber Malaysiakini
Artikel lain: Tiga bulan air percuma untuk rakyat Terengganu