Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pesawat Pengintip Ujian Israel Didapati Rentas Ruangan Udara Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Sebuah pesawat pengintip prototaip Israel dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian di Singapura.

Ujian penerbangan selama 4 jam itu telah melibatkan sebuah pesawat Boeing 737-400 yang bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta.

Tinjauan di FlightRadar 24 mendapati pesawat tersebut terbang pada ketinggian 19,000 kaki di ruang udara pulau itu sebelum mendarat di Pangkalan Udara Paya Lebar.

Melihat semula rekod penerbangan, pesawat tersebut telah berlepas dari Israel dan melalui ruang udara Tebing Barat pada 18 Mei lalu.

Pesawat Pengintip Ujian Israel Didapati Rentas Ruangan Udara Malaysia

Pesawat tersebut kemudiannya menuju ke Teluk Aqaba, Semenanjung Sinai, Mesir.

Pada 20 Mei, pesawat tersebut telah tiba di utara Selat Melaka pada pukul 6 pagi waktu Malaysia. Seterusnya, pesawat milik syarikat pertahanan Israel itu melalui ruang udara Kuala Lumpur pada ketinggian 28,975 kaki 17 minit kemudian.

Isyarat 4X-AOO kemudiannya hilang daripada Flightradar24 setelah memasuki kawasan luar pesisir Melaka pada pukul 11.30 pagi.

Pesawat Pengintip Ujian Israel Didapati Rentas Ruangan Udara Malaysia

Pesawat ini digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik. Ianya direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan mairitim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersil.

Persoalan yang menjadi tanda tanya orang ramai ketika ini adalah mengapa pesawat perisik ini membuat ujian penerbangan di Singapura?

Pesawat ini pernah digunakan bagi mengesan dan menjejak kapal yang menyeludup senjata ke Palestin.

Sumber AirTimes.my

Artikel lain: Papar Kehidupan ‘Diancam’ Di Israel,Hasil Godam Dragon Force Nyatakan Sebaliknya

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More