Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PETUA AGAR NASI IMPIT TIDAK CEPAT BASI DAN BERAIR

Nasi himpit (atau nasi impit)  merupakan sejenis makanan tradisional Malaysia dari beras yang sering dimakan bersama kuah kacang atau kuah lontong. Nasi impit segera banyak di jual di kedai-kedai. Kita hanya perlu rebus sehingga nasi itu padat. Hasil akhirnya hampir sama dengan ketupat nasi. Ia juga sering dimakan bersama hidangan sate atau soto.

Isi Kandungan

Resepi Nasi Impit

PETUA AGAR NASI IMPIT TIDAK CEPAT BASI DAN BERAIR 1

Nasi ini seperti nasi biasa juga mudah berair dan cepat basi jika tidak di simpan dengan betul. Mari lihat beberapa tips ini untuk mengelakkan nasi cepat basi lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini

1. BASUH BERAS

Mula-mula penting untuk kita basuh beras tu bersih-bersih.

Kalau yang guna nasi instant, basuhkan juga paket nasi tu betul-betul sebab airnya akan masuk ke dalam paket.

Ulang basuhan 2-3 kali hingga airnya agak jernih kemudian barulah sedia untuk direbus.

2. ASAM GELUGUR / LIMAU KASTURI

Satu lagi cara yang digunakan oleh orang dulu-dulu ialah memasukkan sekeping dua asam gelugur masa merebus nasi impit.

Kalau tak ada, gantikan dengan limau kasturi pun boleh.

Kedua-dua cara ni dikatakan boleh buat nasi impit tahan lebih lama.

3. MASA MEREBUS

Masa merebus ni selalunya bergantung kepada saiz nasi atau kuantiti yang kita rebus.

Seeloknya rebus lama sikit sebab nak pastikan beras di dalamnya betul-betul masak.

Ramai yang masak paling kurang 2 jam untuk pastikan nasi tu betul-betul masak. Yang masak sampai 3-4 jam pun ada tau!

4. BUBUH SEDIKIT GARAM

Masa nak rebus, rebus macam biasa dengan paras air menutupi keseluruhan nasi.

Salah satu petua nasi impit tahan lama ialah taburkan sedikit garam masa merebus.

Kalau nak wangi, boleh juga tambahkan daun pandan.

5. TOS BETUL-BETUL KERING

Bila nasi impit dah betul-betul masak, angkat dan toskan sampai betul-betul kering.

Ada orang akan letak bawah kipas bagi berangin dan cepat kering.

Kalau ikutkan petua orang dulu-dulu, inilah sebab ketupat yang dah dimasak digantung. Sebab nak bagi airnya keluar.

Barulah ketupat tak cepat berair dan lambat basi.

6. POTONG HANYA BILA NAK MAKAN

Nasi ini biasanya yang dah dipotong lebih cepat berair dan basi.

Jadi pastikan kita hanya potong nasi tu bila nak dihidangkan.

Masa memotong tu, seeloknya pakai sarung tangan / plastik. Pastikan pisau serta papan pemotong betul-betul kering dan bersih.

Insha Allah nasi impit tak cepat berair.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat buat mereka yang sering susah hati tentang nasi impit yang cepat basi lebih-lebih lagi waktu musim perayaan dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat pada tahun 2020 ini. Ini juga dapat mengelakkan dari pembaziran makanan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More