Cuba Amal 6 Petua Ini, Jika Anda Sering Mengalami Kembung Perut
Isi Kandungan
Petua yang patut kita amalkan
GAYA hidup dan pemakanan yang tidak teratur menjadi punca anda mudah diserang masalah dalam perut seperti kembung, kekejangan atau pedih ulu hati.
Berikut dikongsikan antara petuan dengan menggunakan bahan semulajadi di bawah ini yang diyakini boleh membantu mengurangkan masalah tersebut dan melancarkan penghadaman anda. Selain daripada amalan ini, anda juga boleh mengamalkan gaya hidup sihat untuk membina kekuatan dalaman kita agar lebih kuat dan utuh dalam menjalani kehidupan seharian kita.
Bagi membantu penghadaman perut yang bermasalah, anda boleh menggunakan pudina atau secawan teh pudina yang panas atau sejuk. Kekejangan pada perut boleh dikurangkan dan ia mungkin membantu mengurangkan sindrom usus rengsa. Pokok ni senang sahaja nak hidup, makin banyak di cantas, makin merimbunlah dia.
Halia
Menambah halia ke dalam teh panas yang telah ditambah gula boleh membantu penghadaman. Halia juga adalah sejenis anti-radang dan membantu mengembangkan saluran penghadaman.
Halia juga dikenali sebagai salah satu dari bahan semula jadi yang terbaik untuk merawat mual. berikut merupakan antara khasiat yang boleh diambil dari halia.
- Mencegah Loya dan Muntah. Perubatan tradisional juga telah lama menggunakan halia sebagai bahan yang boleh mencegah loya atau muntah-muntah.
- Membantu Mengurangkan Keradangan. …
- Membantu Menurunkan Paras Kolesterol. …
- Membantu Menurunkan Berat Badan. …
- Mengandungi Antioksidan.
- Jintan manis
Jintan manis diambil dalam jumlah yang kecil boleh mengurangkan gas dan perut kembung dengan cepat. Ia adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mengalami perut kembung kronik dan minyak daripadanya juga dipercayai mampu mengurangkan angin lebih baik dari makanan lain.
Anda boleh hancurkan atau memotongnya, makan secara mentah atau dipanggang; anda juga boleh mencuba salad jintan panggang.
Selain jintan manis, jintan putih dan ketumbar juga merupakan antara rempah yang sering disesuaikan secara bersama dengan penggunaan jintan manis untuk masakan.
Ia sangat popular dalam penggunaan hidangan seperti kari dan sup.
- Cuka epal
Ia membantu mengurangkan masalah penghadaman seperti refluks asid. Cuka epal merangsang injap di bahagian bawah tekak membuatkan ia tertutup dengan ketat dan mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya.
Tambahan pula, ia mengandungi banyak bakteria baik yang penting dalam mengekalkan kesihatan usus anda.
Cuka epal diperbuat daripada cider dan mempunyai warna kuning pucat. Sepertimana jenis cuka yang lain, ia mempunyai rasa yang masam disebabkan oleh kehadiran asid asetik (acetic acid) dan asid malik (malic acid).
Cuka epal telah digunakan semasa Perang Saudara dan Perang Dunia Pertama untuk merawat luka-luka tentera yang tercedera semasa berada di medan peperangan.
Pahlawan Samurai Jepun turut dikatakan meminum cuka epal untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan tubuh mereka.
- Radicchio
Rasa pahit dalam salad ini membantu merangsang penghasilan enzim penghadaman dan membantu sistem penghadaman kita menguraikan secara semula jadi makanan yang diambil selepas salad tersebut.
Cadangan yang baik adalah untuk menyediakan radicchio bersama minyak zaitun, cuka epal dan sedikit garam sebelum menu utama.
- Tembikai susu
Kajian menunjukkan bahawa terdapat satu bahan di dalam buah ini yang dinamakan Cucumis melo mempunyai fungsi diuretik yang signifikan dan boleh digunakan untuk merawat edema.
Melalui laman Root of Science, di dalam 100 g buah tembikai susu terdapat sebanyak 36 kcal tenaga yang menunjukkan bahawa buah ini mengandungi kandungan kalori rendah.
Selain itu, ia turut mengandungi sebanyak 9 g karbohidrat, 0.8 g serat. Kandungan protein dan lemaknya pula rendah iaitu sebanyak 0.5 g dan 0.1 g.
Antara komponen penting lain yang terdapat di dalam buah tembikai susu adalah folat, magnesium dan kalium. Malah, khasiat tembikai susu turut tinggi dengan kandungan antioksida, beta karotin dan asid kafeik.
Ketidakselesaan perut di atas pelbagai sebab memang boleh mengganggu tugas harian. Semoga dengan perkongsian di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda merawat atau mencegahnya dari terjadi.
Jadi marilah sama-sama kita mengamalkan petua yang disediakan ini untuk memberikan kesiahatan kepada tubuh badan kita.
sumber : hellodoktor