Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PETUA LEMBUTKAN DAGING

Menjelang hari raya Aidiladha ini, pasti ramai yang akan memasak daging. Pasti yang merunsingkan semua orang adalah hendak mendapatkan daging yang lembut setelah memasak. Selain dari potongan daging,cara masak juga penting untuk dapatkan daging yang lembut. Mari lihat perkongsian ini, agar daging anda cepat lembut dan tidak perlu rebus berjam-jam.

Isi Kandungan

 PETUA DARI TUKANG MASAK THAI, GUNA AIS BATU UNTUK LEMBUTKAN DAGING

LEMBUTKAN DAGING

Cara macam ni yang selalu saya buat time nak masak daging. Nak masak sup daging sup tulang kejap je tak payah lama. Rebus dulu daging tu 20 minit ke 30 minit. Time air tengah menggelegak kuat tu masukkan dalam ketul ais.

 

Kejap je daging tu empuk. Petua ini saya dapat dari tukang masak thai.

 

GUNA MINYAK MASAK

PETUA LEMBUTKAN DAGING 1

Saya share cara nak lembutkan daging untuk ahli group. Moga manfaat untuk yang pening cara nak lembutkan daging. Selalu orang rebus, tapi cikgu tak rebus.

Caranya:

PETUA LEMBUTKAN DAGING 2

1.Bubuh 2 sudu je minyak, panaskan minyak

2.Masukkan daging

3. Air akan keluar sendiri dari daging itu.

4.Cikgu gunakan api yang kuat.

5.Kacau sekali sekala je daging tu. Masak sampai air kering.

6. Dah nak dekat kering baru kacau banyak kali.

PETUA LEMBUTKAN DAGING 3

Air dah kering maka lembutlah daging tu. Daging empuk dan lembut, mudah dan simple je. Senang kan nak daging lembut?

Kredit: Mahamidah Hamdan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More