Petua Merawat Bisul Dengan Mudah : Lakukan 5 Perkara ini!
Pernah tak anda dengar selalunya orang- orang tua / lama sering mengatakan bahawa bisul ini terjadi adalah disebabkan melanggar pantang larang, misalnya disebabkan mereka duduk di atas bantal. Sebenarnya perkara itu hanyalah mitos, perkara ini terjadi adalah kerana terdapat benjolan pada bahagian kulit dan di dalamnya mengandungi nanah. Jom kita sama – sama baca perkongsian yang lebih lanjut.
Isi Kandungan
Apa itu Bisul?
Bisul atau juga dikenali sebagai abses merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan. Hal ini kebiasaanya disebabkan oleh bakteria atau parasit atau sebarang bahan asing, contohnya luka tikaman atau tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.
Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel sekeliling, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas kerandangan dengan menarik banyak sel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling. Dengan itu, nanah adalah kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit atau bahan asing dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah. Struktur akhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk oleh sel sihat dalam cubaan mendirikan halangan sekeliling nanah yang menghadkan bahan berjangkit dari struktur sekeliling.
Kenali Simpton – Simptonnya
Bisul boleh berlaku di mana-mana sahaja pada kulit anda, tetapi kelihatan terutamanya pada muka, belakang leher, ketiak, peha dan punggung – kawasan berambut rambut di mana anda berkemungkinan besar berpeluh atau mengalami geseran. Tanda dan gejala bisul biasanya termasuk:
- Benjolan merah yang menyakitkan yang bermula kecil dan boleh membesar sehingga lebih daripada 2 inci (5 sentimeter).
- Kulit bengkak kemerah-merahan atau keunguan di sekeliling benjolan
- Peningkatan saiz benjolan selama beberapa hari kerana ia dipenuhi dengan nanah.
- Perkembangan hujung kuning-putih yang akhirnya pecah dan membolehkan nanah mengalir keluar
5 Faktor Terjadinya Bisul
Berikut merupakan faktor – faktor terjadinya benjolan kemerahan ini :
- Kebersihan Kulit Kurang Diperhatikan
Seperti yang telah diketahui bahawa benjolan ini muncul karena terjadinya infeksi akibat bakteria pada permukaan kulit. Munculnya bakteria ini boleh juga disebabkan karena tingkat kebersihan yang rendah. Kulit yang kotor ini juga tentu akan menjadi salah satu sumber pembiakan bakteria jahat.
- Sistem Kekebalan Tubuh Melemah
Jika anda mempunyai sistem kekebalan tubuh melemah maka akan lebih mudah untuk diserang berbagai penyakit yang akan mengganggu kesihatan tubuh badan. Salah satunya adalah diserang bakteria penyebab bisul yaitu Staphylococcus. Oleh karena itu, anda perlulah menjaga kebersihan diri dan mengamalkan makanan sihat bergizi agar sistem imuniti tetap sihat.
- Sering Terdedah Bahan Kimia
Penyebab yang berikutnya boleh terjadi disebabkan kerana seringnya terdedah bahan kimia atau kosmetik. Gejala akibat bahan kimia ini biasanya ditandai dengan munculnya benjolan merah pada permukaan kulit dan terasa gatal.
- Makanan Berlemak
Dalam pada itu, makanan juga dapat menjadi salah satu faktor penyebabnya. Seperti makanan yang mengandung lemak dalam jumlah besar membuat folikel kulit lebih rentan terserang bakteria kerana mampu meningkatkan produksi hormone.
- Mengkonsumsi Gula Berlebihan
Gula juga boleh menjadi salah satu penyebab ianya terkena pada kulit kerana kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan naiknya gula darah dan mengganggu kerja insulin. Kinerja insulin akan semakin berat kemudian memicu hormon untuk memproduksi minyak yang lebih banyak dari biasanya.
Rawat Bisul Dengan Segera!
Berikut merupakan tindakan yang harus kita ambil sekiranya terkena pada kulit badan agar dapat mengelakkan bisul yang teruk.
Cara merawat Bisul pada kulit badan |
Tekap Dengan Air Suam 1) Ketika ianya mulai tumbuh di kulit maka segera menekap tuala yang direndam dalam air suam pada bisul. 2) Lakukan sebanyak 3 kali dalam sehari untuk mengurangi rasa sakit sekaligus mempercepatkan bisul pecah dan mengeluarkan nanah yang terkumpul di dalamnya. 3) Pastikan anda menggunakan tuala yang bersih ketika melakukannya. |
Sapu Dengan Minyak Pokok Teh (Tea Tree Oil) 1) Minyak pokok teh bersifat antibakteria dan antiseptik yang dapat membantu mengubati jangkitan bakteria. 2) Minyak ini bagaimanapun tidak boleh disapu terus ke bahagian yang terkena kerana ia mempunyai sensasi terbakar. 3) Campurkan beberapa titis minyak itu dengan minyak kelapa atau zaitun, dan barulah ia disapu terus ke bahagian tersebut. Lakukan proses ini sehingga ianya ‘matang’ dan pecah. |
Menggunakan Serbuk Kunyit 1) Serbuk kunyit juga memiliki sifat anti – bakteria dan anti – inflamasi yang cukup membantu menyembuhkannya dengan lebih cepat. 2) Selain menyapu serbuk kunyit ke bahagian bisul, anda boleh membancuh air kunyit bersama air atau susu dan minum tiga kali sehari. 3) Malahan, kedua – dua bahan itu juga boleh dijadikan masker dan disapu terus ke bahagian tersebut. |
Menggunakan Garam Epsom 1) Larutkan garam Epsom atau magnesium sulfat kemudian sapu pada bahagian yang terkena. 2) Garam ini dianggap boleh mengeringkan bisul dan nanah. 3)Lakukan cara ini setiap hari sebanyak 2 atau 3 kali sampai bisul mengecut. |
Menggunakan Ubat Bisul 1) Jika dengan cara di atas masih sukar untuk hilang, maka alternatif selanjutnya yaitu dengan pergi ke klinik untuk menggunakan ubat bisul yang disyorkan dari doktor. |