Petua Rambut gugur untuk Lelaki dan Perempuan
Petua rambut gugur merupakan antara rahsia turun temurun yang diberikan untuk kita amalkan. Baik lelaki atau perempuan takut bila rambut gugur dan mula bersepah di lantai. Selain menjejaskan penampilan, rambut gugur juga boleh membuatkan kepala cepat botak. Siapa sanggup, muda-muda dah rambut gugur dan kepala botak? Sebab itu ada petua rambut gugur yang patut kita belajar.
Isi Kandungan
Kajian berkenaan dengan petua rambut gugur
Satu kajian ke atas wanita mendapati, 3 daripada 5 wanita bersetuju bahawa rambut gugur di kalangan lelaki adalah salah satu faktor membuatkan mereka hilang perasaan untuk jatuh cinta terhadap lelaki itu.
Ini dapat disimpulkan bahawa wanita begitu mementing masalah rambt gugur dan kepala botak. Bagi mengelakkan rambut gugur sehingga boleh menghilangkan keyakinan diri anda dan botak, baiklah atasi segera dengan petua ini.
Terdapat banyak petua semula jadi untuk mengurangkan masalah rambut gugur. Salah satunya dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Ahmad Hunain.
Pemuda itu berkongsi petua menggunakan limau purut dan santan dalam bentuk ais kiub. Caranya mudah iaitu ambil beberapa biji limau purut, potong kecil dan kisar bersama santan.
Langkah-langkah Penyediaan Petua Rambut gugur
Kemudian, masukkan dalam ruang sejuk beku dan biarkan kira-kira enam jam sehingga kiub itu beku sepenuhnya. Selepas itu, boleh ambil ais kiub dan lumurkan ke seluruh kulit kepala. Rasanya memang menyegarkan!
Biarkan selama beberapa minit dan bilas rambut sehingga bersih. Lakukan dua minggu sekali dan anda boleh lihat keberkesanannya nanti.
Petua semula jadi itu mampu membuatkan akar rambut menjadi kuat, kulit kepala segar dan rambut harum, sihat dan bersinar.
Apa yang anda makan juga boleh mengatasi masalah rambut gugur dan berperanan penting dalam melebatkan rambut. Ambil makanan yang mengandungi vitamin seperti vitamin A, vitamin B atau vitamin D untuk merancakkan pertumbuhan rambut. Banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang boleh menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut lebat.
Bolehkah Rambut Gugur Ini Dicegah?
Pencegahan rambut gugur bergantung kepada puncanya. Sekiranya, rambut gugur
atau botak akibat keturunan. Maka, masalah ini tidak boleh dicegah. Bagi kes-kes lain, beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencegah rambut gugur:
- Sikat dan basuh rambut dengan lembut. Elakkan menarik dengan kasar.
- Elakkan gaya rambut yang ketat.
- Hindari ubat dan makanan tambahan yang boleh menyebabkan rambut gugur.
- Hindari daripada menarik dan memintal rambut.
- Berhenti merokok
Adakah Petua Keguguran Rambut Ini Berkesan untuk Anda?
Sebenarnya banyak petua keguguran rambut yang boleh kita cuba di internet. Ramai yang berkongsi dan banyak feedback yang kita ada. Namun begitu biasanya lain orang lain tahap keberkesanannya. Jadi untuk petua kali ini, anda benar-benar patut cuba dan kongsikan kesannya kepada kami.
Mungkin ianya berkesan mungkin juga tidak. Yang penting, cuba dahulu baru tahu. Semoga perkongsian petua keguguran rambut ini berkesan untuk anda dan membantu menyelesaikan masalah rambut gugur.