Permohonan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i)
Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik telah dilancarkan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kepada semua peminjam PTPK.
Sukacita dimaklumkan bahawa PTPK kini mengadakan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) tanpa faedah bagi menyokong agenda pendidikan TVET negara sebagai pilihan utama dalam pendidikan tinggi negara.
PTPK merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang memainkan peranan penting untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir untuk memasuki program TVET menerusi bantuan pinjaman latihan kemahiran yang ditawarkan.
Di samping itu, program ini juga mewujudkan teras pinjaman latihan kemahiran yang berkonsepkan patuh syariah yang memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia.
Isi Kandungan
Apa Itu Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i)?
Satu produk baru keluaran PTPK yang menyediakan pembiayaan patuh syariah untuk mereka yang ingin mendapatkan pinjaman dalam bidang kemahiran dinamakan sebagai Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i).
PLK-i adalah pinjaman latihan kemahiran yang mematuhi Prinsip Syariah dan menepati syariat Islam yang melarang sebarang aktiviti riba, maisir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian).
PTPK tidak akan mengenakan apa-apa bayaran upah iaitu caj pentadbiran dan perkhidmatan bagi permohonan baru pinjaman latihan dan penukaran (conversion) akaun pinjaman konvensional selama 12 bulan.
Ini sekali gus akan mengurangkan beban peminjam kerana peminjam tidak perlu membayar faedah pinjaman untuk 12 bulan pertama.
Pelaksanaan inisiatif ini akan membuka lebih banyak peluang kepada remaja dan belia untuk memasuki program TVET dan akan merancakkan lagi agenda pemerkasaan TVET dalam usaha negara melahirkan lebih ramai pekerja mahir tempatan.
Apakah Kelebihan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i)?
Antara manfaat-manfaat yang ditawarkan dalam program satu PLK-i ini adalah seperti berikut:
- Tiada caj bayaran upah dikenakan (caj pentadbiran / perkhidmatan) untuk permohonan baru pinjaman latihan dan penukaran (conversion) akaun konvensional selama 12 bulan.
- Tiada bayaran faedah dikenakan buat peminjam untuk 12 bulan.
- Tiada caj yang tersembunyi dan membebankan peminjam.
- Pinjaman bersifat lebih adil dan ihsan.
- Bersifat terbuka dan tidak terhad kepada orang beragama Islam.
- Pinjaman dikawal selia oleh Jawatankuasa Syariah PTPK.
Cara Membuat Permohonan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i)
Calon yang berminat untuk memohon Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik ini boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:
- Pendaftaran boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Pembiayaan (SPPiv) di pautan berikut
>>>Pendaftaran Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik<<<
- Pengesahan Peminjam wajib dibuat dan boleh dilakukan pada MyPerkasa TVET di pautan berikut
>>>Pengesahan Peminjam Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik<<<
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik ini, sila layari laman web PTPK dan diharapkan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang memerlukan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.